Rabu, 11 Februari 2009

UMAT ISLAM SEBAIK-BAIK UMAT

Allah Taala telah mengiktiraf bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik.Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."

SEBAB TURUN AYAT
Ayat diturunkan apabila terdapat dua orang Yahudi iaitu Malik bin Dhaif dan Wahab bin Yahuz telah berkata kepada Abdullah bi Mas'ud dengan kata mereka"Agama kami(agama Yahudi)lebih baik daripada agama Islam yang kau seru kami kepadanya dan kami adalah lebih baik daripada kamu."Maka Allah turunkan ayat ini bagi menjawab dakwaan orang-orang Yahudi ini.

UMAT TERBAIK
Sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW adalah golongan manusia yang terbaik yang dikeluarkan kepada manusia lain.Justeru itu umat Islam sepatutnya mengetahui hakikat pengiktirafan ini dan nilai yang telah diletakkan oleh Allah kepada kita.Maka kita perlu ingat dan sedar,bukanlah pengiktirafan ini hanyalah sebagai satu pujian kosong atau cara Allah ingin mengambil hati orang Islam tetapi pujian ini membawa kepada satu tanggungjawab dan amanah supaya ianya menjadi realiti bahawa kita ini adalah umat yang terbaik.Untuk mencapai maqam atau martabat ini,Allah menetapkan tiga ciri seperti di dalam ayat di atas iaitu:
  1. Menyeru kepada kebaikan


  2. Mencegah kemungkaran


  3. Beriman dengan Allah dengan sebenar-benar Iman.

Persoalannya ialah Adakah kita ini umat yang terbaik hari ini?


Malang sekali umat Islam hari ini kerana tidak memenuhi pengiktirafan Allah .Kita tidak perlu melihat keadaan umat Islam yang jauh dari kita,cukup sekadar kita melihat keadaan umat Islam di nagara kita sendiri.Saya mempunyai pengalaman mengajar banduan di penjara sekitar tahun 1997 kerana melengkapkan praktikal saya di KUSZA.Saya melihat kebanyakan banduan yang berada di penjara ketika itu adalah dikalangan orang Islam.Punca mereka melakukan jenayah ini kerana kebanyakan mereka jahil tentang agama sehinggakan membaca surah al-Fatihah pun tidak tahu,rukun Iman dan Islam pun tak tahu malah terdapat pulak yang pandai-pandai menokok tambah rukun tersebut.Saya yakin keadaan ini belum berubah dan sehingga ke hari ini kita masih lagi juara di sektor penjara ,pusat pemulihan akhlak dan pusat serenti.

Malu?Apa yang nak dimalukan.Inilah kenyataan yang perlu kita hadapi.Selagi kita tak sedar bahawa kita ni teruk dan hancur disebabkan angkara Yahudi yang bijak menyusun strategi menjahanamkan kita,selagi itulah kita sibuk menjunjung ideologi,hiburan,sukan dan pendidikan yang dianjur dan dicanangkan oleh musuh kita ini.Ditambah pula dengan sikap pemimpin-pemimpin kita yang tak habis-habis bercakar dan bergaduh.Mereka ini sibuk dengan parti masing-masing dan ada pulak yang sibuk gunakan platform parti nak cari kedudukan dan kumpul kekayaan,betul-betul 'hampeh' mereka ni.Bukannya pemimpin kita ni tak nampak tapi pura-pura tak nampak apa yang berlaku pada umat Islam khususnya pemuda pemudi kita yang rosak akhlak dan akidah.Sudahlah tu....sedarlah wahai umat Islam khususnya pemimpin kita.Kita tak akan jadi umat yang terbaik kalau.................ko fikirlah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan