Rabu, 4 Februari 2009

PENURUNAN WAHYU

SIRAH NABAWIYAH
RASULULLAH SAW BERKHULWAH DI GUA HIRA'

-Rasulullah SAW berkhalwah di gua Hira' yang terletak di barat laut Makkah selama selama lebih kurang sebulan lamanya iaitu pada bulan Ramadhan.Di sanalah baginda memikirkan nikmat yang melimpah ruah,kebesaran dan kekuasaannya.
-Hikmah berkhalwah ialah:
  • Bertafakur tentang kebesaran Allah Taala dengan memikirkan tentang keagungan dan kebesaran Allah.
  • Menghitung diri samaada kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah atau telah terpesong dari jalan yang benar.
  • Membina kekuatan diri dan menambahkan rasa kehambaan,keimanan dan ketaqwaan.
  • Menambahkan sifat Khauf dan Raja' kepada Allah Taala.

-Maka dengan itu adalah penting bagi kita berkhalwah dengan cara bangun pada waktu malam dengan melakukan solat sunat Tahajjud,solat sunat Taubat,beristighfar,berzikir,bertafakur dan berdoa kepa Allah Taala.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz..wah, ustaz pun dah jadikan blog sebagai salah satu medan dakwah ustaz..kalau tak dpt dgr ustaz mengajar..tgk kat sini pun dah boleh..Alhamdulillah..Semoga ustaz terus memartabatkan dakwah Islamiah melalui blog ini..Azrul kirim salam kat ustaz..hebat tajuk2 yg ustaz tulis kat blog..ok..

    wsalam..

    BalasPadam
  2. Syukran,alhamdulillah.nampaknya saya kena ikut perkembangan semasalah.Moga Allah bagi kekuatan.Ajaklah kawan-kawan lawat blog ni dan sebarkan.

    BalasPadam