Khamis, 12 Februari 2009

KEPENTINGAN AKHLAK

Akhlak adalah salah satu cabang yang penting dalam Islam.Para rasul yang diutuskan di atas muka bumi ini membawa dua tugas penting iaitu menyuruh manusia menyembah Allah yang Esa dan memimpin manusia ke arah akhlak yang mulia.Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksudnya"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."Begitu juga di dalam buku Mengapa saya menganut Islam,karangan Fathi Yakan menjelaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia dunia dan akhirat serta hubungan di antara akhlak dan akidah dan hubungan di antara akhlak dan ibadah.





Hubungan akhlak dan akidah.

Rasulullah SAW telah bersabda "اكمل المؤمنين ايمانا احسنهم خلقا "yang bermaksud "Iman orang mukmin yang paling sempurna ialah orang yang mempunyai akhlak yang paling baik di antara mereka."Begitu juga Nabi pernah ditanya tentang 'Apakah itu kecelakaan',maka nabi menjawab kecelakaan itu ialah سوء الخلق iaitu akhlak yang buruk.Justeru itu,iman yang baik dan sempurna akan terpancar melalui akhlak yang baik dan hebat.Adalah tidak benar kalau ada yang mengatakan "Yang penting dalam hati,luaran tak penting"Ini adalah kefahaman yang salah.Sebab itu kita lihat ramai dikalangan orang Islam hari ni tak tutup aurat,kalau tutup pun macam tak tutup je,tak sembahyang,terkinja-kinja sana sini,fitnah sana bohong sini,hasad dengki,main judi,zina macam binatang kaki empat,ayam pun tak rembat anak sendiri dan macam-macam lagi le yang kalau ditulis kat sini tentang akhlak buruk orang Islam hari ni takkan habis.



Itulah sebabnya,kita kena kuatkan dan kukuhkan aqidah.Bagi kefahaman yang jitu kepada anak-anak kita di sekolah dan universiti.Jangan setakat taklid saja tapi tak faham pun kenapa mereka mesti sembah Allah yang Esa.Jumhur ulama' dah sepakat bahawa tidak dibenarkan bertaklid dalam perkara aqidah.Saya rasa pemimpin kita tak serius tentang keruntuhan akhlak dan aqidah yang berlaku hari ni.Mereka ni sibuk cerita pasal politik tak habis-habis,cerita pasal lompat sana sini,cerita pasal derhaka pada manusia tapi derhaka pada Allah buat tak tau je. Pada hakikatnya masalah yang membelenggu umat Islam kat Malaysia ni masih tak pernah selesai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan