tayangan gambar

Loading...

Rabu, 9 Mei 2012

KEPIMPINAN DALAM ISLAM


Alhamdulillah sudah sampai kepenghujungnya peluang diberikan oleh Allah Taala untuk saya dan para sahabat dari kalangan AJK untuk menguruskan masjid ini.Dalam ruangan yang terakhir ini izinkan saya berbicara soal kepimpinan dalam Islam bagi bermuhasabah dan mengingatkan diri saya dan para sahabat Ajk dan pengurusan masjid yang bakal dilantik.

Apabila berbicara mengenai kepimpinan, Islam menentukan bahawa bidangnya amat luas. Lebih tinggi bidang kepimpinannya lebih besar pula tanggungjawabnya. Pemimpin tidak hanya memimpin di dalam sebuah negara, malah pemimpin dalam Islam ialah setiap orang yang diberikan tanggungjawab dan amanah untuk mengendalikan sesuatu urusan. Oleh kerana setiap orang mempunyai tanggungjawab ini maka setiap orang itu mempunyai peranan memimpin. Contohnya seorang bapa diberi tugas memimpin keluarganya, maka  dia adalah pemimpin keluarganya atau seorang nazir yang diberi tugas untuk menguruskan masjid,maka dia adalah pemimpin kepada masyarakat disekelilingnya dan bertanggungjawab menguruskan masjid dengan amanah dan berdedikasi. Begitu juga seorang ketua negara yang diberi tugas memimpin rakyat di negaranya, maka ia adalah pemimpin rakyat di negaranya serta mesti mengurustadbir Negara dengan menegakkan agama danmnguruskan urusan dunia dengan berpandukan agama.



Kepimpinan Menurut Istilah Al-Quran

Dalam Al-Quran terdapat beberapa istilah yang diertikan sebagai pemimpin atau yang secara langsung yang menyentuh hal ehwal kepimpinan, antaranya :

1- Imam/Imamah

Merupakan satu jawatan yang berperanan sebagai penunjuk jalan kepada sesuatu arah atau tempat atau memimpin dengan contoh teladan di mana imam itu sendiri mesti melaksanakannya lebih awal dari orang yang dipimpin. Contohnya dalam konteks kewajipan memimpin sembahyang, imam mengangkat takbir dan makmum turut mengangkat takbir sebagaimana imam bertakbir. Begitulah seterusnya dalam segala perbuatan mengerjakan sembahyang itu dan semua perlakuan imam mestilah dituruti oleh makmum.Oleh itu imam sebagai pemimpin ( leader ) dan makmum sebagai pengikut ( follower ).

2- Khalifah

Merupakan suatu jawatan bagi mengantikan seseorang atau mengambil tempat mengikut atau meneruskan. Dalam sejarah kepimpinan Islam, khalifah merupakan pengganti Rasulullah S.A.W dalam menerus, mengurus dan mentadbir negara Islam.

Khalifah ialah sebagai pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur yang bertanggugnjawab mengatur kehidupan manusia di bumi dengan berdasarkan kepada wahyu dan syariat Allah supaya kehidupan manusia itu teratur dan mempunyai tujuan-tujuan hidup yang suci murni lagi mulia untuk mencapai keredhaan allah. Manusia sebagai khalifah ( vicegerent ) yang merupakan wakil Allah di bumi adalah berkewajipan mendirikan institusi kepimpinan yang diredhai oleh Allah.

3- Amir Al-Mukminin

Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang bermaksud sebagai memberi arahan, pemberi tugas, pemerintah atau mengamanahkan seseorang dengan tugas. Dalam sejarah pemerintahan islam, Amir Al Mukminin merupakan pemerintah masyarakat atau ketua negara islam.

4-Uli Al-Amri

Merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang menjalankan tugas dan amanah untuk mentadbir dan mengendalikan urusan dunia sesuai dengan syariat Allah. Oleh sebab itu adalah menjadi kewajipan kepada rakyat mematuhi apa yang diperintahkan oleh Uli Al Amri sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada Uli Al-Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah ( berselisihan ) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”



Selain daripada itu ada juga istilah yang dipakai bagi maksud yang berkaitan dengan kepimpinan dalam sesuatu kumpulan kerohanian seperti istilah: Mursyid ( penunjuk ), Syeikh ( Ketua ), dan Murabbi ( Pendidik ).

Objektif/Matlamat Kepimpinan

Pada asasnya matlamat kepimpinan adalah :

1-Untuk pengabdian/perhambaan diri kepada Allah. Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak Aku ( Allah ) ciptakan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada aku ( Allah ).

2- Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat dari Allah serta RasulNya. Firman Allah dalam Surah At-Taubat ayat 62 yang bermaksud:

“….Yang sepatutnya mereka cari ialah keredhaan dari Allah dan RasulNya, sekirannya mereka adalah dari orang yang beriman”

3- Untuk mencapai kesempurnaan akhlak yang mulia. Firman Allah dalam surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya engkau ( Muhammad ) mempunyai budi pekerti ( akhlak ) yang mulia"

Justeru dalam kita memilih pemimpin hendaklah memilih pemimpin  yang memiliki akhlak yang mulia,adil iaitu tidak fasiq.Apakah maksud fasiq?Fasiq itu ialah orang berterusan melakukan dosa kecil dan suka melakukan dosa besar serta cenderung melakukan satu perbuatan atau tindakan yang boleh menjatuhkan maruah.

4-Untuk menyeru berbuat baik dan mencegah kejahatan.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “ Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.(surah al-Hajj:41)

5-Untuk mencapai kebahagian, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatan manusia sejagat dunia dan akhirat.



Kepimpinan Sejagat

Kepimpinan ( leadership ) nabi Muhammad S.A.W adalah contoh ideal dan praktikal yang semestinya diikuti oleh seluruh umat. Baginda diutuskan untuk membimbing seluruh umat, wilayah kepimpinan baginda meliputi alam sejagat dan tidak dibatasi oleh sempada geografi serta tidak pula dikhususkan oleh sesuatu bangsa, kebangsaan dan negara. Dengan demikian kepimpinan baginda adalah bersifat sejagat. Firman Allah dalam Surah Saba’ ayat 28 yang bermaksud:

“dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui hakikat itu”



Kepimpinan Sebagai Tanggungjawab Dan Dugaan Bukan kemuliaan

Menjadi seorang pemimpin, maka bertambah kewajipan seseortang dan makin banyak soalannya dihadapan Allah. Oleh itu, pemimpin di dalam Islam, bukanlah menjadi rebutan. Rasulullah S.A.W telah meletakkan asas-asas supaya pemimpin itu tidak difahami sebagai kemuliaan dan keistimewaan tetapi tanggungjawab. Meskipun semakin besar tanggungjawab,semakin besar pula ganjaran baik yang disediakan Allah di hari akhirat kepada sesiapa yang melaksanakan tanggungjawab itu. Namun jika tanggungjawab itu diabaikan,maka besarlah risiko dan akibatnya di hari akhirat.

Oleh itu Rasulullah S.A.W sangat berhati-hati supaya pemimpin itu berada di tangan orang yang kuat dari segi ketaatan kepada Allah, kekuatan peribadi dan jasmani, kepintaran akal dan dihormati oleh rakyat. Baginda berhati-hati supaya jangan pemimpin itu jatuh ke tangan orang yang lemah syakhsiahnya sehingga ia lemah melawan nafsunya. Jika ia seorang yang lemah melawan nafsunya sendiri, maka ia tidak dapat mematuhi Allah dan tidak terselamat dari faKtor-faktor kehancuran seperti rasuah, maksiat dan lain-lain.

Abu Zar Al-Ghaffari meriwayatkan, saya berkata kepada Rasulullah S.A.W Tidakkah Tuan hendak melantik saya untuk mengetuai sesuatu urusan? Rasulullah S.A.W menepuk bahu saya dan berkata,” wahai Abu Zar, engkau adalah lemah, sedangkan pemimpin itu suatu amanah. Di hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan melainkan mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipan yang ditentukan di dalamnya”.

Abu Zar bukanlah seorang yang tidak taat kepada Allah dan dikuasai nafsu tetapi dia adalah seorang manusia yang lemah dalam mengambil tindakan, dia adalah seorang yang lurus hati dan mempunyai kelemahan yang menghalangnya bersikap tegas kepada kawan dan lawan. Itu pun dianggap oleh Rasulullah S.A.W apatah lagi orang yang kalah di hadapan nafsu, jahil dan tidak beramal.

Rasulullah S.A.W juga menetapkan dasar bahawa pemimpin itu tidak diberikan kepada orang tidak berkelayakan yang meminta atau berusaha dengan tipu daya supaya dia dijadikan pemimpin, kerana sikap seperti itu akan menjadikan pemimpin itu satu rebutan dan lahir kegiatan serta pengaruh-mempengaruhi yang menyebabkan pertimbangan yang betul untuk lantikan menjadi kacau bilau dan menyeleweng. Oleh itu lantikan itu hendaklah dijalankan dengan pertimbangan yang objektif dan dengan hasrat yang bersih dan suci.

Justeru dalam kepimpinan sesebuah negara, tegak atau robohnya sesebuah negara, maju atau mundurnya peradaban manusia, timbul atau tenggelamnya sesuatu bangsa adalah bergantung kepada baik atau buruk pentadbiran dan kepimpinan yang dimiliki, Para pemimpin atau ketua yang telah dilantik hendaklah melantik pembantu-pembantu yang jujur dan berkebolehan. Tanda-tanda kejujurannya ialah sentiasa bersikap beriman dan tidak mengampu sehingga membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:


“Apabila Allah S.W.T menghendaki seseorang ketua itu menjadi ketua yang baik, ia akan jadikan pembantunya itu bersikap benar. Jika ia lupa ( lupa kepada Allah dan menyeleweng dari kebenaran ) ia mengingatkannya. Jika ia tidak lupa, ia memberi pertolongan dan bantuan kepada ketuanya itu. Jika Allah menghendaki ketua itu menjadi ketua yang lain daripada itu, dijadikan pembantunya seorang yang jahat, jika ia lupa tidak diingatkanya dan jika ia ingat tidak dibantunya” ( diriwayatkan oleh Abu Daud ).


Oleh kerana tugas pemimpin itu berat dan luas, maka ganjaran baik yang disediakan untuk pemimpin di akhirat yang menjalankan kewajipannya adalah besar. Diantara tujuh orang yang disebut oleh Rasulullah S.A.W yang akan mendapat perlindungan Allah ialah pemerintah yang adil yang diletakkan di senarai yang pertama. Sebaliknya mereka yang menjadi pemimpin sedangkan dia tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan yang selayaknya dan tidak menjalankan kewajipannya maka ia akan menerima balasan yang pedih.Seksaan Allah bertambah berat lagi bagi sesiapa yang menjadikan kedudukannya sebagai pemimpin sebagai jalan untuk kepentingan dirinya dan menipu orang-orang yang dipimpinnya.

Oleh kerana tugas pemimpin adalah besar dan tugas itu tidak dapat dijalankan melainkan dari kerjasama orang yang dipimpinnya maka Allah menentukan supaya orang yang dipimpin itu hendaklah mematuhi ketuanya di dalam semua suruhan yang disukai atau tidak kecuali suruhan untuk melakukan maksiat dan melanggar hukum-hukum Allah.
Sesungguhnya setiap orang itu mempunyai tugas-tugas kepimpinan. Sebaik-baik kepimpinan ialah kepimpinan Rasulullah S.A.W kerana kepimpinan baginda sentiasa berpandu kepada wahyu, syariat dan petunjuk Allah dalam kepimpinan sejagat. Sebagai pemimpin sewajarnya bertanggungjawab menyambung risalah baginda ke arah memakmur, memperbaiki, menegakkan keadilan, mententeramkan serta berkesanggupan untuk meningkatkan ketinggian nilai dan martabat seluruh umat manusia. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai apa yang dipimpinnya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi pihak pengurusan Masjid Sultan Hisamudin BBST tahun 2008 hingga 2012,saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada semua muslimin dan muslimat khususnya yang tinggal di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi ini di atas segala kekurangan,kelemahan dan kecacatan sepanjang saya menguruskan masjid ini.Jutaan terima kasih saya kalungkan kepada semua ahli jawatankuasa masjid ahli kariah yang sentiasa memberikan sokongan,sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan sebarang aktiviti dan program di masjid ini.Semoga Allah membalas segala jasa kalian.Kita berdoa kepada Allah semoga pengurusan masjid yang baru dapat meneruskan dan menambah baik segala aktiviti di masjid ini.Jazakumullahu khairan kathira.


Ahad, 25 Mac 2012

KEBANGKITAN PEMUDA MENDEPANI PILIHANRAYA

Pemuda digambarkan sebagai unsur kekuatan dan menjadi tiang seri kepada pembangunan umat. Pemuda Islam bukan setakat mampu menghadapi gelodak cabaran namun terpikul dipundaknya risalah Islam yang merupakan risalah Nabi Muhammad S.A.W dan risalah Al-Quran .
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya, maka
sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan
kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” ( al- Kahfi : 13 )
Justeru,peranan pemuda Islam dalam Parti Islam Se-Malaysia amat ditagih bagi merealisasikan
kemenangan Parti Islam pada Pilihanraya Umum ke-13 ini.Kemenangan Parti Islam dibeberapa buah negara di Timur Tengah seperti di Mesir dan Tunisia adalah berpunca daripada kekuatan pemuda yang mendokong dan menegakkan Islam.Saya ingin gariskan secara ringkas kekuatan-kekuatan yang wajib dimiliki oleh semua pemuda mujahid Islam ini agar ia menjadi pedoman dan panduan dalam mendepani pilihanraya yang semakin mendekati kita.

Wahai sahabatku pemuda.
Antara kekuatan-kekuatan yang saya maksudkan adalah seperti berikut:

Pertama:-Niat yang ikhlas kepada Allah Taala
Pengorbanan yang ikhlas kepada Allah Taala tidak akan mengharapkan imbuhan dan balasan duniawi tetapi akan mengharapkan keredhaan Ilahi.Pengorbanan yang ikhlas tidak mengharapkan keuntungan kebendaan,pangkat dan kedudukan tetapi mengharapkan keuntungan ukhrawi yang dijanjikan oleh Allah Taala iaitu syurga yang abadi.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan
syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.(at-Taubah:111)

Marilah kita mencontohi keikhlasan para sahabat yang tidak mengharapkan sebarang keuntungan duniawi dalam berjuang.Kisah para sahabat seperti Musab bin Umair, Suhaib ar-Rumi yang ditawarkan samaada ingin memilih harta atau ikut berjuang bersama nabi oleh musuh-musuh Allah menjadi sumber kekuatan dan panduan kepada kita.Kisah kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud lantaran mengejar habuan dunia di depan mata dengan sanggup menggadaikan amanah dan tanggungjawab kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW menjadi pengajaran yang sangat berharga kepada kita sebagai mujahid Islam.Semoga kita terselamat dari tipu daya syaitan yang ingin menyesatkan.

Wahai sahabatku pemuda.

Kedua:-Kekuatan dalam memahami sejarah perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW.
Pemuda-pemuda harus belajar,memahami dan menghayati sejarah hidup Rasulullah sebagai panduan di dalam berjuang dan urusan hidupnya.Mereka sepatutnya melihat sedalam-dalamnya kekuatan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dan generasi sahabat ,namun akibat kecuaian umat Islam suatu ketika dahulu, pemuda-pemuda lebih mengetahui sejarah
barat. Malah memalukan kerana mereka mengenali Napoleon lebih baik berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Mereka tidak mengetahui melainkan kekejaman Islam dan terpesona dengan peradaban Barat.
Firman Allah Taala dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang).”
Bermula nabi dibangkitkan sehinggalah nabi wafat,baginda tidak pernah berehat dari menyerahkan seluruh kehidupan baginda kepada menegakkan Islam.Sikap pengorbanan yang tinggi ini telah membawa kepada penyertaan Rasulullah SAW dalam 28 siri peperangan.Rasulullah SAW bukan sekadar memberi arahan dan melihat dari jauh peperangan yang berlaku tetapi Rasullullah SAW jugalah yang memimpin dan berada dalam barisan paling
hadapan .Begitulah sepatutnya yang wajar kita contohi,iaitu bukan hanya pandai memberikan
cadangan dan kritikan tetapi turut sama terlibat mendokong dan menggerakkan semua aktiviti serta program yang menuntut kebersamaan.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”(As-Saff:4)

Wahai sahabatku pemuda.

Ketiga: Kekuatan Bersatu Kerana Islam
Pemuda-pemuda Islam yang berkefahaman jitu dan sanggup bekerja untuk Islam seharusnya bertanggungjawab untuk saling bantu membantu sesama pekerja Islam dan sama-sama berusaha untuk mengembalikan keagungan Islam dan memenangai PRU 13 ini. Tugas ini amatlah berat dan cita-cita ini tidak akan tercapai sekiranya pemuda-pemuda Islam
bergerak secara bersendirian. Islam memerlukan pekerja yang bergerak secara berkumpulan dan jiwa pekerjanya diikat dengan tali kasih sayang dan ukhuwwah walaupun terdapat perbezaan corak kerja antara kelompok-kelompok Islam. Sekiranya UMNO mampu untuk bersatu menentang PAS,kenapakah petugas-petugas Islam tidak mampu berganding bahu dan saling bantu membantu serta bahu membahu untuk melaksanakan tanggungjawab siasah dan dakwah ini ?
Firman Allah yang bermaksud :

“Dan orang-orang kafir sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Jika kamu ( orang-orang Islam ) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu,nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” ( al-Anfal : 73 )

Wahai pemuda-pemuda Islam jangan sampai kedapatan diantara kita yang sering memberi alasan dan sebab tidak turut serta dalam setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan.Sebahagian kita sering memberi alasan pekerjaan,keluarga dan kekangan masa untuk tidak bersama.Ingatlah sekiranya kita memberi seribu alasan sedangkan saudara kita yang lain sibuk berhempas pulas pada setiap ketika berada di medan perjuangan.Persoalannya adilkah kita dan layakkah kita mendabik dada mengaku berjuang bersama tetapi tidak dalam
bekerja dan berkorban?
Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan,dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).”(Surah at-Taubah:24)

Wahai sahabatku pemuda.

Keempat: Kekuatan Beramal Dengan Islam
Pohon yang rendang tidak bermanfaat seandainya tidak mengeluarkan buah. Begitulah perumpamaan seorang yang berilmu tetapi gagal beramal dengan ilmunya. Janganlah pemuda Islam menjadi bahan tempelakan Allah seperti Allah menempelak bangsa-bangsa terdahulu yang menerima kitab samawi dan mereka belajar tentangnya tetapi tidak dengan ajaran yang dipelajarinya.
Firman Allah yang bermaksud :
“Perumpamaan orang-orang yang dipikul ke atas mereka Kitab Taurat , kemudian
mereka tidak memikulnya (tidak beramal dengan kandungannya) adalah seperti
kaldai yang membawa kitab-kitab tebal. Amat buruklah perumpamaan kaum yang
mendustakan ayat-ayat Allah itu dan allah tidak memberi petunjuk kepada kaum
yang zalim.” ( al Jumu’ah : 5 )

Dakwah Islamiah lebih cepat tersebar melalui Qudwah yang baik yang terpancar melalui akhlak-akhlak dan perilaku umat muslimin. Seandainya pemuda Islam gagal untuk beramal dengan ajaran Islam yang telah dipelajari dan difahaminya, maka usaha penyebaran dakwah akan terbantut. Islam amat indah jika dibaca di dalam buku tetapi dek kerana kesilapan penganutnya
yang enggan beramal dengan ajaran Islam secara total maka tampaklah keburukan umat Islam.

Amat menyedihkan umat islam kini tatkala mendengar kata-kata seorang Barat yang baru menganut agama Islam ; “ Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mengenalkan aku kepada Islam sebelum aku mengenali orang-orang Islam”. Dalam berhadapan dengan pilihanraya semakin hampir ini,kita disaran supaya mendekati masyarakat dengan mempamerkan nilai akhlak yang baik dan mulia.Menggunakan segala kemahiran yang dipunyai seperti kemahiran berkomunikasi,kepimpinan,teknologi atau sebagainya untuk merealisasikan misi dakwah dan siasah.Perlihatkan kepada mereka bahawa pemuda PAS adalah pemuda yang bersedia dan mampu untuk memimpin dan membimbing golongan muda sekiranya kita diberi mandat untuk memerintah.

Akhir kata inilah empat kekuatan yang mesti dilangsaikan oleh pemuda PAS untuk memastikan kemenangan PRU yang ke-13 ini. Kita sepatutnya memeriksa setiap kekuatan ini wujud di
dalam diri. Adakah semua tuntutan ini sudah dihadami dan ditunaikan ataupun sebaliknya?. Berbanggalah kita semua tatkala hari kemenangan Islam tiba dan kita merupakan penolong agama Allah.
Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan di hari itu bergembiralah orang-orang yang beriman dengan pertolongan Allah. Dia yang menolong sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Pengasih.”( ar- Rum : 4-5 )
Semoga kita menjadi batu bata kepada binaan Islam..pewaris Generasi Solahuddin al-Ayyubi…Takbir!!!!!!!

Ahad, 12 Februari 2012

VALENTINE’S DAY DAN HUKUMNYA

Tanggal 14 Februari bulan kedua pada kalender Gregorian kristian / Masehi setiap tahun adalah satu hari yang sentiasa diingati dandiraikan oleh kebanyakan manusia termasuk umat Islam.Hari yang disebut sebagai“Hari Kekasih” atau dalam bahasa Arabdisebut “Yaum Al-Hub” atau lebih dekat dengan jiwa orang yang sedang bercintadipanggil “Valantine’s Day”.Walaupun kita sudah berulang kali menyedarkanmasyarakat yang beragama Islam bahawa valentine
ini adalah haram kepada kitauntuk meraikannya,namun masih ramai diantara kita yang masih degil dan kerashati untuk menyambutnya.Kedegilan ini mungkin berpunca daripada kejahilan atau kegelapan hati dari menerima kebenaran.Sekiranya kita meneliti dan mengkaji tentang Hari Valentine ini,kita akan dapati hari tersebut tidak lansung mempunyai kaitan dengan kasih
sayang,persoalannya kenapa kita masih juga menyambut Hari Valentine ? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat? Atau hanya ikut-ikutan semata tanpa mengetahui asal usulnya?Allah berfirman di dalam surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud “ Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya”.Sebagian masyarakat Islam merayakan Yaum Al-Hubb (Hari Kasih Sayang) dengan saling-menghadiahi bunga mawar merah. Mereka juga berhias dengan pakaian merah dan memberi ucapan selamat antara satu sama lain berkaitan dengan hari tersebut melalui khidmat pesanan ringkas,emel ,mms atau melaui layangan kad atau menghadiahkan sejambak bunga ros merah sebagai tanda kasih .Kemudian mereka mengatur sesi-sesi pertemuan yang penuh dengan suasana romantik yang akhirnya membawa kepada maksiat dan kemudharatan yang lebih besar iaitu jenayah zina.Sedangkan kita mengetahui bahawa perayaan ini adalah berasal dari orang-orang Yahudi dan Nasrani yang berbeza pegangan dan akidah mereka.Rasulullah saw mengingatkan
kita di dalam hadith baginda yang bermaksud: “Diriwayatkan daripada Abu Said
al-Khudri Radiyallahu 'anhu : Rasulullah bersabda: "Kamu akan mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sampai mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Rasulullah saw bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (HR. Bukhari dan Muslim )

Asal-usul Hari Kekasih.
Kebanyakan masyarakat khususnyagenerasi muda pada hari ini, hanyamengikut apa sahaja yang datang daribarat tanpa mahu mempersoalkan samaada Valentine’s Day wajar disambut
ataupuntidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyaihubungan yang rapat dengan
sejarah, tradisi danajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenaiasal-usul Valentine’s Day :

Di antara versi yang pertama ialah perayaan ini berasal dari Perayaan Lupercalia iaitu satu rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari).Dua hari pertama dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata.
Pada hari tersebut, para pemuda mengundi nama –nama gadis di dalam kotak.
Lalu setiap pemuda mengambil nama secara rambang dan gadis yang namanya
keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan
objek hiburan. Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bahagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan
menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju
secara sukarela karena percaya bahawa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah.

Pendapat kedua menyatakan pada 14Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuhkerana
pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja ClaudiusII (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat didalam peperangan.Menyedari hakikat itu, St.Valentine dan St. Marius telah mengahwinkanorang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanyapada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi.Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine
sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga mengatakan Valentine’sDay diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepasPope. Apabila St.Valentine menyatakanhasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat
Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yangmengambil keputusan berkahwin denganpasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.Valentine sendiri.

Pendapat keempat ialah pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari.Kaisar Claudius II memerintahkan menangkap dan memenjarakan St. Valentine karena menyatakan tuhannya adalah Isa Al-Masih dan menolak menyembah tuhan-tuhan orangRomawi. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan.Orang-orang yang mendambakan doa St.Valentin lalu menulis surat dan meletakkan dipenjaranya.


Hukum merayakan Valentine’s Day.
Budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarangsama sekali oleh agama
Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebutmengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristianserta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat.

Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Valentine’s Day
adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bagi kali ke 71 yang bersidang pada 22
hingga 24 November 2005 memutuskan “ Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day
tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai
unsure-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat
adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Valentine’s
Day tidak digalakkan oleh agama Islam.

Tentang hukum menyambut Valentine Day, Syeikh al-‘utsaimin berkata, “Maka bila dalam merayakan Valentine Day tersebut bermaksud mengenangkan kembali St. Valentine, maka tak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah
memutuskan bahawa :
“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Kenapa menyambut vatentine’s Day adalah haram?
1)Mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain.Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri danberbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah,muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak
boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;Bermaksud:“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir.Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembahdan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secarakamu beribadat
dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu,
danbagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)

2)Meniru gaya hidup orang kafir.
Umat Islam khususnya golongan muda amat gemar meniru gaya orang kafir daripada Yahudi dan Kristian iaitu dari segi bahasa,cara berpakaian ,penampilan dan gaya hidup.Dalam kita merayakan hari-hari tertentu,ramai diantara kita juga terjun kedalam kesesatan dengan
turut sama meraikan hari-hari tertentu orang kafir.Sedangkan Islam telah menetapkan dua hari raya untuk diraikan oleh umat Islam sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Anas bin Malik r.a berkata : Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain –main di masa jahiliah. Lalu baginfa bersabda:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua
hari yang lebih baik , iaitu hari raya ‘Idilfitri dan ‘Idiladha. Hadis riwayat Nasaie. “
Nabi Muhammad saw juga bersabda dengan ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari,952 ; Muslim, 1892) Umat Islam membataskan diri dengan menyambut
hari-hari perayaan yang khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai perayaaan telah ditambah didalam calendar umat Islam seperti maulidurrasul, Isra’ Mi’raj, Maal Hijrah, Nuzul Al-Quran dan lain-lain lagi. Namun demikian amat mendukacitakan apabila umat Islam mula merayakan sambutan hari perayaan yang langsung tiada berkaitan dengan umat Islam sepeti Hallowen, Valentine Day dan sebagainya.Ingatlah larangan nabi Muhammad saw supaya tidak menyerupai golongan kafir. Hadis riwayat Imam Abu Daud menyatakan bahawa Nabi bersabda, ’barangsiapa menyerupai
satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.’Kita juga mesti sentiasa berwaspada bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT. Firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka):
"Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

3)Mendorong kepada zina.
Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan yang bertentangan dengan syara’ seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal serta juga boleh terjebak dengan jenayah meminum arak. Tidak dapat dinafikan
pergaulan bebas semasa sambutan Valentine Day ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah SWT telah memerintahkan kita menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadianya perzinaan. FirmanNya, “Dan janganlah kamu menghampiri zina, , sesungguhnya zina itu adalah satu perbiatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) . surah Al-Isra ayat 32.
Akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (KEWAJA) Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata, “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”Manakala akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Februari 2011 melaporkan bahawa teks khutbah solat jumaat bagi negeri Selangor menyatakan ,
berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara sejak 2000 sehingga 2008, sebanyak 257411 sijil kelahiran didaftarkan tanpa nama bapa. Rekod itu menunjukkan betapa ramainya jumlah anak-anak tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh Sembilan tahun tersebut.
Orang kafir telah mempopularkan sambutan Valentine’s Day ini di Negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantik lagi indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan cinta mereka. Inilah sikap sebenar syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan baik dan diamalkan
oleh manusia tanpa rasa berdosa. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". Surah Al-Hijr ayat 39-40.

4) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang.
Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak
dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis : "Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim) Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata
seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan munkar.

Kesimpulannya marilah kita meninggalkan perayaan haram ini kerana dengan hokum yang jelas dan hujah-hujah yang terperinci,tidak ada sebab untuk kita terus merayakannya.Oleh itu para pendidik,ibubapa,ketua-ketua masyarakat dan pemimpin Negara hendaklah memainkan peranan bagi menyedarkan umat Islam tentang isu ini.Begitu juga pihak media janganlah membuat promosi yang melampau sehingga masyarakat Islam terpengaruh untuk meraikannya.

Rabu, 11 Januari 2012



ADA APA DENGAN CINTA?
Kita dibekalkan oleh Allah Taala dengan akal untuk berfikir,dua tangan untuk
memegang,dua telinga untuk mendengar,dua mata untuk melihat dan dibekalkan hati
serta jiwa untuk membawa cinta.Cinta adalah satu kalimah yang sentiasa dan gemar
diungkap oleh manusia khususnya para remaja.Kalau dulu di zaman saya remaja,
cinta diungkap melalui surat,telefon atau disampaikan oleh orang perseorangan
tetapi di zaman sekarang cinta diluahkan melaui media yang lebih cepat dan laju
iaitu internet.Cinta ekspres ini sering tercipta dan terperangkap ketika remaja
menggunakan “Mukabuku” atau “Facebook” sebagai medium untuk berkomunikasi.Malah
bukan sahaja dikalangan remaja dan orang muda yang terjerat dengan cinta mukabuku ini,bahkan orang dewasa dan tua juga terlibat dalam masalah kontemperori ini.
Apa ukuran cinta?

Cintaku kepada Allah,Rasulullah saw dan Islam.
Sekiranya kita meneliti kepada graf di atas kita mesti mengakui bahawa seorang mukmin dan
hamba Allah mesti meletakkan cinta kepada Allah adalah kedudukan yang paling
tinggi.Ini adalah cinta hamba kepada penciptanya.Cinta yang lahir daripada rasa
ubudiyyah yang tinggi kepada Allah Rabbuljalil.Cinta yang terbit untuk
mendapatkan halawatuliman atau kemanisan iman sepertimana sabda Rasulullah saw
yang bermaksud: “Barang siapa yang ada padanya tiga syarat,ia dapat merasai
kemanisan Iman iaitu:1. Jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya
pada yang lain.2.Jika ia mencintai seseorang,tidaklah ia mencintai melainkan kerana Allah dan 3.Jika ia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci memasuki api neraka.” Rasulullah saw dan para sahabat baginda sanggup mengorbankan segala yang ada disisi mereka termasuk harta benda,keluarga,pangkat sehinggalah nyawa mereka.
Para sahabat Rasulullah saw telah menunjukkan contoh kecintaan dan pengorbanan yang tinggi dalam mencintai Rasulullah saw.Lihat sahaja dalam peperangan Uhud,para sahabat baginda sanggup menjadikan batang tubuh mereka sebagai benteng untuk melindungi Rasulullah saw.Para sahabat juga memperlihatkan kecintaan mereka kepada Islam dengan mereka sanggup
mengorbankan segala yang ada pada sisi mereka samada keluarga,harta dan
kedudukan mereka.Kisah mengenai Bilal bin Rabah,Keluarga Amar bin Yasir dan
Mus’ab bin Umair sentiasa didendangkan untuk dijadikan panduan.Kisah kecintaan
Abu Bakar kepada Rasulullah saw yang membenarkan setiap yang keluar dari mulut
Rasulullah saw dan menjadi peneman kepada baginda dalam peristiwa hijrah.Abu Bakar juga telah membuktikan kecintaannya kepada Islam apabila beliau sanggup menyerahkan seluruh hartanya kepada Islam dan ketika ditanya oleh Rasullah saw kepada beliau tentang apa
yang tinggal setelah beliau menyerahkan seluruh hartanya kepada Islam,maka
dijawab oleh beliau bahawa yang tinggal kepada disisi beliau hanyalah Allah dan
Rasulullah saw.Begitulah hebatnya kecintaan generasi sahabat kepada
Allah,Rasulullah saw dan Islam.Persoalannya “Bagaimana rasa cinta kita?”

Cintaku kepada dunia .
Mari kita tanya diri kita.Apa tujuan kita hidup di dalam dunia ini?Terdapat bermacam-macam jawapan yang mungkin dilontarkan oleh kita.Bagi golongan kafir dan sekutu mereka,mereka kan menjawab “Kita hidup di dalam dunia ini adalah untuk kehendak dan keperluan hidup di
dunia semata-mata,berseronok dan berhibur serta lakukan segala yang kita ingin lakukan.Disebut oleh Allah Taala dalam surah Muhammad ayat 12 yang bermaksud:
“…… dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.” Inilah kehidupan orang-orang kafir dan fasiq yang mencintai kehidupan
dunia semata-mata tanpa mempercayai kehidupan selepas mati.Mereka ini hidup semata-mata kerana ingin mengejar kehidupan dunia sehingga mereka menolak untuk menyembah Allah yang esa dan menolak Islam untuk hidup bersyariat.Mereka sibuk mengumpul harta kekayaan tanpa mengira halal atau haram,sibuk mengejar pangkat dan kedudukan sehingga sanggup zalim-menzalimi,menabur fitnah dan menindas orang lain.

Saya ingin berkongsi satu kisah mengenai Raja Rom iaitu Raja Hercules ketika menerima surat utusan daripada Rasulullah tahun keenam hijrah yang menyeru beliau menerima Islam.Raja Hercules tidak terus menjawab seruan Islam itu tetapi bertanya kepada pembesar-pembesar
beliau terlebih dahulu.Para pembesar beliau menjawab sekiranya Hercules menerima Islam maka mereka akan menjatuhkan Hercules daripada takhta dan menentangnya.Demi kecintaan Hercules kepada takhta,kedudukan dan harta kekayaannya,maka Hercules menolak seruan baginda kepada Islam.Begitulah juga hari ini,kumpulan manusia seperti Hercules tetap wujud dan berkembang kerana para musuh Allah telah berjaya menghilangkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah saw daripada dada-dada mereka khususnya umat Islam dan kecintaan
mereka hanya pada dunia sahaja.Allah telah menyebut golongan di dalam al-Quran
sebagai golongan kebendaan atau “ dahriyyin.”Firman Allah Taala yang bermaksud:
“24. Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup Yang lain selain daripada hidup
kita di dunia ini. kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah Yang
membinasakan kita melainkan edaran zaman. pada hal mereka tidak mempunyai
sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan
semata-mata.” Justeru itu marilah kita memilih untuk mencintai akhirat melebihi cinta
kita kepada dunia.Golongan yang benar-benar beriman mereka akan menginsafi
nilai hidup dunia ini dibandingkan akhirat.Firman Allah Taala dalam surah
al-An’am yang bermaksud: “32. Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan
permainan Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya
negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu,
tidakkah kamu mahu berfikir?Lantaran rendahnya nilai dunia dibandingkan dengan
akhirat,maka kehidupan dunia tidaklah sampai menghalang dan menyibukkan mereka
daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka diciptakan Allah.Demikianlah
juga amaran dan kutukan Rasulullah saw kepada manusia akhir zaman bahawa kita akan ditimpa satu penyakit yang diberi nama al-wahnu iaitu penyakit mencintai dunia dengan cinta yang melampau dan takutkan kematian.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Celakalah(orang yang hidupnya menjadi) hamba abdi dinar, Celakalah(orang yang hidupnya menjadi)
hamba abdi dirham, Celakalah(orang yang ) menjadi hamba kepada
pakaian.”(Riwayat Bukhari)

Cintaku kepada manusia.
Allah menciptakan manusia lelaki dan perempuan, berpuak-puak serta berbangsa-bangsa adalah untuk berkenal-kenalan.Allah Taala berfirman dalam al-Quran dalam surah al-Hujrat ayat yang ke 13 yang bermaksud:

13. "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)".
Allah Taala tidak memerintahkan kita mencintai manusia sehingga kita lupa kepada Allah dan mencintai manusia sehingga kita sanggup melakukan maksiat kepada Allah serta mencintai manusia sehingga sanggup meninggalkan Islam.Banyak kisah cinta diantara sesama manusia dihiasi dengan maksiat kepada Allah Taala.Kerana cinta manusia sanggup menggadai mahkota diri(maruah),kerana cinta manusia sanggup menggadai agama(murtad) dan kerana cinta manusia sanggup meninggalkan keluarga dan kerabat.Inilah bahana cinta yang tidak berlandaskan dan disulami dengan syariat.Kesan daripada cinta fasik ini maka berleluasalah kes buang bayi,pelacuran,pembunuhan,penagihan dadah dan banyak lagi kes jenayah yang
dimurkai oleh Allah Taala.Sedangkan agama memerintahkan cinta sesama manusia
mestilah kerana Allah.Cinta manusia hendaklah didasari syariat dan cinta sesama
manusia adalah untuk menyeru manusia kepada Allah,menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia melakukan kemungkaran.
Demikianlah sepatutnya kita memahami nilai dan ukuran cinta kita sebagai
seorang hamba kepada Allah.Janganlah kita terpedaya dengan sogokan dan seruan
cinta yang dilaungkan oleh orang kafir yang berakhir dengan kemudharatan kepada
agama,masyarakat,keluarga dan individu.Bermuhasabalah…….


Ahad, 25 Disember 2011

HIJRAH MEMBENTUK MODAL INSAN REMAJA MUSLIM

Selamat datang tahun baru 1433 Hijrah dan selamat menyambut tahun baru masihi 2012.Mari semua remaja bertanya kepada diri masing-masing, “Adakah saya sudah membuat perubahan pada diri sendiri sebagaimana yang saya azam dan janjikan pada tahun lepas?”Jawapannya ada pada diri adik-adik sendiri samaada sudah,sedang atau belum lagi.Abang ingin menyedarkan diri sendiri dan adik-adik akan kepentingan kita membuat perubahan di dalam diri kita daripada keadaan yang tidak baik kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.'

Maksud Hijrah.

Hijrah bermaksud perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi.Roh dan semangat hijrah Rasulullah saw mesti kita perhalusi dan kita dokong dalam kehidupan remaja kita pada hari ini.Kita merasakan kehidupan remaja hari ini sangat berhadapan dengan cabaran yang besar dan sukar.Terlalu banyak statistik dan angka yang menunjukkan salahlaku dan keruntuhan akhlak yang melibatkan remaja telah dipaparkan.Justeru perlu para remaja mengubah gaya hidup yang sonsang dan sesat kepada cara hidup Islam.Rasulullah saw telah bersabda dengan maksudnya:”Penghijrahan itu ialah sesiapa yang berhijrah daripada segala yang ditegah daripada melakukannya.”

Pembangunan Jiwa.

Untuk memastikan cita-cita tersebut tercapai, jiwa insan perlulah diisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepada kehidupan akhirat. Ini seterusnya akan dapat menyedarkan manusia tentang matlamat hidupnya di atas muka bumi ini. Dan di sini seluruh manusia perlu
memikul dua tanggungjawab utama iaitu selaku hamba Allah dan selaku khalifah Allah.Sebagai hamba Allah Taala,remaja mesti memahami tanggungjawab hamba iaitu “Kami dengar dan kami patuh.” Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zariat ayat 56 yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku”. Mari kita koreksi diri dengan bertanya beberapa
soalan.Sejauhmana aku telah mematuhi perintah Allah Taala?Adakah aku telah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang?Bagaimana keikhlasan diriku dalam beribadah kepada Allah?Apakah usaha aku untuk membina kekuatan jiwa dan hati?Semua persoalan ini mesti anda jawab dengan rendah hati dan jujur supaya anda dapat menilai tahap prestasi anda sebagai hamba Allah Taala. Oleh kerana pada hari ini para remaja tidak berjaya menyucikan jiwa supaya taat dan takut kepada Allah serta tidak mencintai Rasulullah saw dengan sepenuh hati,maka jangan harap kita akan dapat memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.Ini telah dijelaskan oleh Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 52 yang bermaksud” Dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan”.

Kesan daripada kelemahan dan kerosakan jiwa,remaja telah terlibat dengan kerosakan aqidah dan keruntuhan akhlak yang serius.Ini dibuktikan dengan statistik beberapa jenayah yang
melibatkan remaja Muslim dan orang Melayu seperti keterlibatan orang Melayu dalam penagihan dadah adalah melebihi daripada bangsa-bangsa lain iaitu jumlah penagih baru dikalangan orang Melayu melebihi 10,000 orang berbanding bangsa-bangsa lain seperti Cina yang 2000 orang dan India kurang dari 2000 orang.

Pembangunan Mental
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai
(tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

Pembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan mental (akal). Akal manusia mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkan oleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkan ialah ilmu berkenaan dengan Fardhu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah dan juga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu
Sains dan Geografi.Justeru remaja tidak boleh membenarkan diri mereka berada dalam keadaan jahil atau tidak berilmu.Sekiranya kita yakin dengan Rasulullah SAW yang menunjukkan jalan bagi kita untuk menjadi umat yang disegani dan dihormati,maka sepatutnya remaja berlumba-lumba untuk mengejar dan menimba sebanyak mungkin ilmu khususnya ilmu agama.Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam menjadi umat yang hebat apabila kita menguasai pelbagai cabang ilmu sepertimana yang berlaku pada zaman kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah. Ibnul Qoyyim menerangkan yang dimaksud ilmu adalah firman Allah, sabda Rasulullah,
dan penjelasan para sahabat. Atau dengan bahasa lain, ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap hamba adalah bagaimana hamba mengenal Allah kemudian mentauhidkan-Nya dalam seluruh sifat yang khusus bagi Allah, mengenal Rasul-Nya, mengenal agama Islam ini dengan dalil-dalilnya, demikian pula tata cara shalat, dan ibadah-ibadah wajib yang lainnya sehingga tidaklah dia melakukan suatu ibadah kecuali telah dilandasi ilmu mengenai ibadah tersebut. Imam Mawardi juga menyatakan bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya
dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.

Marilah kita meninggalkan segala sangkaan bodoh yang cuba diletakkan oleh musuh-musuh
Allah dalam minda kita bahawa untuk menjadi hebat,kita hanya perlu menjadi umat
Madiah(Materialis) iaitu umat yang hanya percaya kepada kebendaan dan harta.Cuba
kita lihat hari ini ,umat Islam khususnya remaja lebih banyak bercerita tentang mencari jalan untuk mengejar kekayaan,glamor,pangkat dan segalanya yang bersangkutan dengan keduniaan tetapi menyisihkan ilmu dan peradaban sehingga manusia akhirnya runtuh aqidah,berakhlak buruk dan tidak berperikamusiaan demi mengejar semua sangkaan itu.Sedangkan Allah telah berfirman dengan maksudnya”:Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan yang berilmu diantara kamu beberapa darjat.”Jelaslah kepada kita hanya dengan ilmu sahaja mampu mengubah manusia daripada kegelapan,kejahilan,kesesatan,kepalsuan dan kemunduran kepada cahaya Allah,kebijaksanaan,kebenaran dan kemajuan.Sedarlah remaja bahawa musuh-musuh
Allah khususnya Yahudi sentiasa berusaha untuk merosakkan remaja Muslim melalui hiburan,pendidikan,seks,sukan dan sebagainya.Janganlah kita menjadi orang yang bodoh dengan hanya mengikut telunjuk Yahudi yang menyesatkan.

Pembangunan Fizikal

Kita juga perlu dan wajar memiliki fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selaras dengan tuntutan Allah s.w.t yang mahukan hamba-Nya menjadi khalifah di muka bumi ini. Tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang sihat, seterusnya dapat merancang pelbagai
perkara untuk manfaat umat Islam sejagat.Kita hendaklah memastikan kandungan makanan yang diambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan seperti protein, karbohidrat, garam galian, vitamin dan sebagainya. Makanan yang akan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dan cara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syarak.Allah telah memerintahkan hambanya supaya mencari dan memastikan makanan yang halal dan bersih sahaja masuk menjalar didalam tubuh anak adam sepertimana maksud firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 172 :“Wahai orang-orang yang beriman!
Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya.”

Oleh yang demikian,remaja mesti memastikansegala keperluan untuk membina fizikal yang diperolehi daripada ibubapa atauyang didapati sendiri adalah halal dan bersih.Ingatlah amaran nabi Muhammad saw dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api neraka yang lebih layak baginya.”Begitu juga apabila
makanan yang haram membina daging dan mengalir di dalam darah kita maka Allah
Taala tidak akan mendengar doa dan memakbulkan doa yang panjatkan kepada Rabbul
Jalil.Ini bersandar kepada hadith daripada Rasulullah saw yang panjang yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:)………. Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram? (Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Untuk memastikan fizikal kita sihat,bukan sahaja bergantung kepada pemakanan tetapi remaja juga wajar terlibat dengan aktiviti riadhah.Oleh itu remaja wajib beriadhah atau melakukan aktiviti fizikal dengan mengikut kehendak syarak seperti menutup aurat,tidak bercampur secara bebas diantara lelaki dan perempuan dan seterusnya tidak mengabaikan kewajipan kepada Allah seperti solat lima waktu.

Kesimpulannya daripada yang telah kita bincangkan di atas tadi,kita perlu sedar bahawa untuk melahirkan diri remaja muslim yang dinamik dan berpotensi tinggi,maka perlulah mereka berjaya dengan mengubah diri dan membina diri yang seimbang dari sudut jiwa,mental dan
fizikal.Wassalam.

Khamis, 22 Disember 2011

SAYA WAJIB MEYAKINI BAHAWA MASA DEPAN ADALAH UNTUK ISLAM

Islam secara lafziyan mempunyai makna:-

1-Menundukkan wajah (Islam al wajhi)
“Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai taulan/kesayangan
(-NYA)” (An-Nisaa’ 4:125)

2- Berserah diri (Istislam)
“Maka mengapa mereka mencari agama yang lain
selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan di bumi berserah diri
kepada-Nya, (baik) dengan suka maupun terpaksa, dan hanya kepadanya mereka
dikembalikan.” (Aali ‘Imraan 3:83)
Islam adalah agama yang lengkap (hablum minallah wa hablum minan naas)

3- Suci, bersih (As-salaamah)

“Kecuali orang yang datang kehadirat Allah dengan hati yang suci (bersih)” (Asy-Syu‘araa’ 26:89)
Mereka yang jahil tentang Islam akan dimasukkan ke dalam neraka.

4- Selamat, sejahtera(As-salaam)

“Apabila telah datang kepada engkau orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, maka ucapkanlah kepada mereka‘salaamun alaikum’ (kesejahteraaan ke atas kamu)” (Al-An‘aam 6:54)
Apabila bertemu sesame Islam ucapkanlah salam (Assalamualaikum w.w.)

5- Perdamaian (As-salmu)

“Maka janganlah kamu lemah dan
menyeru kepada perdamaian, sedang kamu orang tertinggi (akan menang), dan Allah
berserta kamu (menolong-mu) dan Dia tidak akan mengurangkan (pahala) amalanmu.”
(Muhammad 47:35)

Kita mesti yakin bahawa perjuangan berlandaskan Islam itu pasti mencapai kemenangan.
Di dalam al-Quraan Islam disebut sebagai deen.
“Sesungguhnya agama (deen) disisi Allah ialah Islam” (Aali ‘Imraan 3:19)
“Barangsiapa menuntut agama selain Islam maka tiadalah diterima daripadanya sedangkan ia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (Aali ‘Imraan 3:85)

Abul ‘Ala Maududi di dalam bukunya‘Prinsip-prinsip Islam’, deen mengandungi erti
sistem kehidupan yang menyeluruh termasuk ibadah, kemasyarakatan, politik dan
jihad. Islam mencakupi keseluruhan hidup dan Islam secara lengkap menyediakan
keperluan manusia untuk mengatur hidup yang mudah difahami yang konsekuensinya
bakal mengantar kepada kejayaan muslim.

MANHAJ ISLAM

1.Manhaj Islam yang yang selaras dengan kehendak fitrah manusia.
Maksudnya:
14. Tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui
(segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha
mendalam PengetahuanNya.(al-Mulk:14)

2.Manhaj Islam bersifat Rabbani.
Maksudnya:
229. Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya;
dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah
orang-orang Yang zalim.(al-Baqarah:229)


3.Manhaj Islam bersifat Alamiyah(universal)
107. Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.(al-Anbiya’:107)

4.Manhaj Islam bersifat Murunah(Fleksibel)
Maksudnya:
10. Dan (Katakanlah Wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu):
"Apa jua perkara ugama Yang kamu berselisihan padanya maka hukum
pemutusnya terserah kepada Allah; hakim Yang demikian kekuasaannya ialah Allah
Tuhanku; kepadaNyalah Aku berserah diri dan kepadaNyalah Aku rujuk kembali
(dalam Segala keadaan)".(al-Syura:10)

5.Manhaj Islam bersifat syumul atau menyeluruh.
138. (Katakanlah Wahai orang-orang Yang beriman: "Ugama Islam, Yang Kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah Yang mencorakkan seluruh kehidupan Kami Dengan corak Islam); dan siapakah Yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah Kami beribadat".(al-Baqarah:138)

SAYA MESTI HIDUP UNTUK ISLAM
Dalam dunia ini ada tiga kategori manusia.
1.Golongan yang hidup untuk dunia sahaja

29. Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup Yang lain selain dari
hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah
kita mati".(al-An ‘am:29)

2.Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat

12.; dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati
kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang
ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal
mereka.(Muhammmad:12)

3.Golongan yang menganggap dunia adalah ladang tanaman untuk di akhirat.

32. Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan
Yang sia-sia dan hiburan Yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat
itu lebih baik bagi orang-orang Yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu
berfikir?(al-An ‘am:32)

PERSOALAN.
BAGAIMANAKAH CARA SAYA HIDUP UNTUK ISLAM?????
DISEDIAKAN OLEH:
YUSMI HANIFF BIN ARIFFIN AL-FARUQI
Yusmialfaruqi.blogspot
Rujukan:
1.Al-Quran
2-Apa ertinya saya menganut Islam oleh Imam Fathi Yakan.
3.Prinsip-Prinsip Islam oleh Imam Abul ‘Ala Maududi