Selasa, 17 November 2015

KAMI TOLAK TPPA


PERTUBUHAN PRIHATIN SEPANG


KAMI TOLAK TPPA

TPPA atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik adalah perjanjian multilateral yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia,AS,New Zealand ,Kanada,Vietnam dan Malaysia.TPPA ini menyebabkan negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.Perjanjian TPPA ini bakal meletakkan rakyat dalam kegelapan kerana  perbincangannya dibuat secara rahsia dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Penyelesaian masalah ekonomi negara-negara besar dunia dibuat demi kepentingan mereka sahaja dengan mempergunakan negara-negara yang sederhana dan kecil di atas konsep ekonomi bebas mengikut sistem liberal,kapitalisma dan sosialisma dengan mengikut agenda globabalisasi.TPPA ini telah menghapuskan sempadan bumi dan perairan negara bersama hilangnya sempadan sifat kemanusiaan sejagat dan hak asasi adil sesama manusia dalam masyarakat madani.

Memetik kata-kata Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa sekiranya penjajahan purba merompak tanpa undang-undang maka TPPA ini adalah penjajahan baru yang diadakan undang-undang bagi melindungi rompakan global disebalik perjanjian yang dimeteraikan laksana cacing-cacing kerdil yang menumpang dalam perut ular yang lebih besar.Buruknya perjanjian ini akan menyebabkan  nelayan kecil kita yang bersampan terpaksa bersaing dan menandingi kapal armada nelayan meredah lautan.Begitu juga nasib petani kecil di negara ini perlu bersaing dengan petani negara besar yang lebih maju dan memiliki jentera pertanian yang lebih canggih sehingga akan menjejaskan ratusan ribu keluarga petani dinegara ini.Demikian juga nasib kontaraktor kecil tempatan akan bersaing dengan kontraktor gergasi yang masuk melabur kerana perjanjian ini akan meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita.Ini juga bermakna kita memberi kuasa kepada negara maju seperti AS,Singapura dan Australia untuk menceroboh dan merobek ekonomi negara kita.

Justeru mewakili masyarakat Sepang khususnya dan  Malaysia amnya kami dari Pertubuhan Prihatin Sepang menolak TPPA ini kerana ia akan menyebabkan jurang ekonomi yang lebih besar di antara simiskin dengan sikaya serta akan lebih mengecilkan ruang ekonomi kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sehingga menyebabkan kita akan terus tertindas dalam kezaliman ekonomi abad ini.

YUSMI HANIFF BIN ARIFFIN

PENGERUSI PERTUBUHAN PRIHATIN SEPANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan