Rabu, 20 Oktober 2010

SALAM AIDIL ADHA 1431

Salam Aidiladha 1431.


Assalamualaikum wrmt.wbrkth.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Tidak lama lagi kita akan menyambut pula satu perayaan besar umat Islam iaitu ‘Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban .Apapun panggilan kepada perayaan ini tidak menjadi satu persoalan tetapi yang lebih penting daripada itu kita menyelami disebalik falsafah korban yang sepatutnya dihayati oleh setiap orang Islam dalam perayaan tersebut.

Sebelum kita menyingkap falsafah korban tersebut marilah kita memahami terlebih dahulu pengertian ibadah korban menurut Islam.Perkataan korban diambil daripada Bahasa Arab iaitu “ Qurban” yang membawa maksud menghampirkan diri atau mendekatkan diri iaitu segala bentuk ketaatan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perkataan Qurban adalah sinonim dengan perkataan “al-Udhhiyah” yang bermaksud “sembelihan”. Dari segi syara’ pula, ia memberikan pengertian “menyembelih binatang yang dikhususkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah yang dilakukan pada waktu yang tertentu”.

Ibadah korban dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran hamba kepada Allah di atas segala nikmatnya, dipanjangkan umur olehNya, kesejahteraan akal fikiran dan agama sebagai ikutan dan panduan.Ini adalah penghayatan kepada peristiwa Nabi Ibrahim a.s ketika hendak menyembelih anaknya Ismail yang telah diadaptasikan semula oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dalam syariat baginda.

Pensyariatan ibadah korban ini telah dijelaskan oleh Allah (s.w.t) didalam firmanNya dalam surah al-Kauthar(ayat-2) yang bermaksud: “Maka dirikanlah solat kerana tuhanmu semata-mata dan berkorbanlah(sebagai bersyukur)”.Kalimah “dan berkorbanlah atau wanhar” dalam ayat ini boleh diertikan dengan sembelihan yang dilakukan selepas solat Hari Raya Aidil Adha. Didalam ayat ini, perintah untuk melakukan korban diterangkan secara berturut selepas perintah sembahyang. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah korban sehingga Allah memilih untuk meletakkannya seiring dengan kewajiban sembahyang. Perkara ini dikuatkan lagi dengan munajat Nabi Ibrahim yang diceritakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud, “ Sesungguhnya solatku, sembelihanku, hidupku serta matiku hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam”. ( al-An’am : 163)



Pensyariatan mengenai ibadah korban tersebut mempunyai falsafahnya yang tersendiri iaitu 
1)Bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengalirkan darah melalui ibadah tersebut. Konsep korban yang dijelaskan oleh syariat jika dilihat secara terperinci mempunyai beberapa rahsianya yang tersendiri yang tidak dapat dinilai melalui penglihatan mata kasar.Konsep taat dan ubbudiyah yang dijelaskan dalam ibadah korban ini hanyalah sebagai salah satu daripada hakikat memperhambakan diri kepada Allah kerana konsep ini jika dihayati adalah mencakupi seluruh syariat itu sebenarnya. Islam sebagai agama yang agung diatas muka bumi ini senantiasa menganjurkan umatnya untuk berkorban ke jalan Allah tanpa mengira waktu senang atau susahnya.

Apa yang penting seseorang itu mestilah bersiap sedia untuk berkorban dengan seluruh dirinya dan jiwa raganya sepertimana firman Allah yang bermaksud “ Berjuanglah kamu dengan harta dan dirimu (jiwa raga ) kejalan Allah, itu yang paling baik untuk kamu kalau kamu mengetahui” ( al-Taubah: 41). Ayat ini memerintahkan kepada kita untuk berjihad kepada Allah melalui dua cara iaitu melalui diri dan juga melalui harta. Jadi ibadah korban ini juga termasuk didalam ibadah yang berteraskan kepada harta yang memerlukan kepada kemampuan dari segi kewangan untuk melaksanakannya.Oleh itu saranan ini juga adalah untuk mengikis sifat bakhil dan kedekut yang ada pada jiwa seseorang dan melatihnya supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah.

2)Selain daripada itu ibadah korban juga melatih diri dalam melahirkan individu yang berani. Tanpa keberanian sesuatu ibadah dan tuntutan Ilahi yang berbentuk pencegahan sudah pasti tidak akan terlaksana. Keberanian ini diaplikasikan di dalam ibadah tersebut dimana orang yang melakukan ibadah korban tersebut disunatkan untuk menyembelih sendiri binatang yang dikorbankannya dan jika ini tidak dapat dilakukan maka disunatkan juga untuk dia melihat dengan mata kepalanya sendiri darah yang mengalir keluar daripada binatang tersebut. Keberanian ini jika dilihat bukannya tertumpu kepada ibadah ini sahaja tetapi terdapat juga dalam ibadah-ibadah lain seperti berjihad di medan peperangan yang memerlukan kepada keberanian untuk memacu kuda, bermain senjata, memanah dan sebagainya.

3)Konsep kerjasama juga dititikberatkan dalam pensyariatan tersebut dimana ianya didapati melalui kerjasama semasa melakukan penyembelihan binatang korban tersebut. Kerjasama masyarakat yang menjadi ritual masyarakat Islam sebenarnya menjadi asas kepada mewujudkan masyarakat yang sihat dan saling bermuafakat dalam gerak kerja sama ada berkerjasama dalam melakukan perkara al-Ma’ruf atau mencegah daripada melakukan perkara yang mungkar.

4)Konsep lain yang juga diterapkan disini adalah mengenai hakikat perkongsian yang diterapkan melalui perkongsian tujuh bahagian binatang yang boleh dikorbankan. Pengkongsian yang dianjurkan oleh Islam itu bukannya sekadar berkongsi semata-mata dalam satu bahagian daripada tujuh bahagian bahkan menekankan kepada perkongsian tentang cara pengagihan supaya tidak berlaku ketidak adilan dan berat sebelah dalam mengagihkan daging binatang sembelihan. Persepakatan dalam ibadah ini juga nantinya akan melahirkan sifat toleransi dalam masyarakat dimana seseorang dalam bahagiannya akan bertolak ansur dengan yang lainnya dan meredhai antara satu sama lain tanpa mempertikaikan tentang banyak atau kurangnya bahagian yang diterima.

Kesimpulannya amalan korban tersebut bukannya untuk melahirkan manusia yang mementingkan diri sendiri,ego dan sebagainya tetapi adalah untuk mewujudkan ikatan ukhuwwah dan menjalin kerjasama antara masyarakat setempat untuk melahirkan ummah yang utuh demi kepentingan agama yang dicintai.Diakhirnya marilah kita sama-sama bertanya kepada diri kita masing-masing iaitu sejauhmanakah kita bersedia mengorbankan sesuatu kepentingan kita untuk menjaga dan mempertahankan agama ini?Pernahkah kita korbankan harta atau masa atau keluarga atau jauh sekali nyawa kita untuk Islam yang tercinta?Tepuklah dada tanyalah Iman.Selamat menyambut Aidiladha dan selamat mendapat haji yang Mabrur kepada bakal-bakal haji kita.Wallahualam.

Khamis, 30 September 2010

Menangislah.......

Dalam sebuah hadis rwyt al-Barra` dlm al-Tarikh olh al-Bukhari ketika Nabi saw melalui sebuah kawasan dgn para sahabat kelihatanlah di situ sekumpulan manusia sedang berkumpul, lalu Nabi saw merapati mereka lantas bertanya, apakah yg sedang dilakukan, jwapannya ialah mereka sedang menggali kubur utk si mati.Nabi saw telah mendekatkan diri ke sambil melutut di tempat kubur itu digali, dan ternyata baginda mula menangis.Pesan yg terbit drp mulut baginda saw adalah : Wahai saudara2ku, untuk perkara ini, buatlah persiapan ! ( Rwyt al-Bukhari dlm al-Tarikh )


Abu Bakar r.a seperti yg diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim amat kuat menangis, hinggakan dlm solat apabil beliau menjadi imam, amat payah baginya meneruskan bacaan kerana orang sepertinya amat memahami tuntutan ayat, dan maksud di sebaliknya.Oleh itu beliau menjadi amat takut apabila membaca ayat-ayat tentang amaran daripada Allah dan peringatanNya.Demikian pula Umar al-Faruq r.a, seperti yg dilaporkan dlm sebuah hadis riwayat al-Bukhari secara mu'allaq dlm bab al-Azan drp Abdullah bin Syaddad, maksudnya apabila beliau menjadi imam lalu sampai pd ayat ke 86 surah Yusuf yg bermaksud : (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya) , beliau menangis hinggakan suaranya didengari oleh makmum pd saf yg terakhir .Jangan pula kita sangka saf mereka ni pendek macam saf solat kita pd hari ni !

Usman bin Affan juga terkemuka dgn tabiat kuat menangis, sebagai contohnya apabila berada di perkuburan beliau akan menangis hinggakan basah janggutnya seraya berkata yg bermaksud : "RasululLah saw bersabda yg bermaksud, kubur adalah tempat persinggahan yg pertama drp kehidupan akhirat, jika seseorang selamat di situ maka apa yang sesudahnya mudah baginya , sebaliknya jika di situ dia sudah tidak selamat, selepasnya akan menjadi lebih payah baginya ( rwyt al-Tirmizi, sahih )

Abdurrahman b Auf, sahabat yg terkemuka sebagai hartawan yg unggul pernah dihidangkan utknya makanan.Tidak semena-mena beliau menangis.Apabila ditanyakan kpdnya sebab tangisannya, jawapan beliau adalah aku teringat akan sahabat kita Mus'ab bin Umair yg telah mati sbelum kita sebagai syahid.Dia ternyata lebih baik drp ku.Walaupun demikian apabila dia terkorban dlm perang uhud itu tiada kain kapan yg cukup untuk menutupinya, apabila ditutup kepalanya kedua kakinya akan terdedah dan apabila ditutupi kakinya wajahnya akan terdedah...Aku bimbang segala nikmat dunia yg dianugerahkan ini merupakan suatu yg telah disegerakan oleh Allah utk dunia kita...dan diakhirat kelak, kita tidak akan memperolehi lagi nikmat2 ...Lalu semua yg hadir menangis bersama2 dgnnya. ( Rwyt Muslim )

Apabil belajar ttg hadis2 seperti ini drp guru2 kami, antara al-Muhaddis al-Marhum al-Syikh Walied al-'Ani al-Hasani , barulah kami memahami bahawa tangisan adalah disebabkan rasa kebersalahan dlm diri kerana dosa .Ia berpunca daripada ilmu yg mantap dan pengetahuan terhadap tanggungjawab kita terhadap Allah yg belum dipenuhi.Juga disebbkan pergaulan kita dgn orang2 salih srta pengajaran yg diambil krn interaksi dgn merela.Harus ingat hati yg tak menangis terhadap kelemahan diri merupakan satu tanda penyakit hati sudah menimpa kita...atau dlm perkataan lain krn ia sudah keras...bimbanglah jika ia mati...

daripada:ustaz Zahazan

ABU SALIH YANG JUJUR

Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang amat soleh dan warak.Dia juga terkenal sebagai seorang yang sangat jujur dalam percakapan mahupun perbuatannya.Dia tinggal di sebuah kota kecil di negeri Parsi.Menurut riwayat Abu Salih Jangi Dost adalah keturunan Saiyidina Hasan bin Ali r.a iaitu cucu kepada Nabi Muhammad S.A.W.Abu Salih adalah seorang pemuda Islam yang kuat beribadat, ilmu pengetahuannya amat luas dia tidak tertarik langsung kepada kesenangan “dunia”.Setiap hari dia suka duduk di tepi sungai sambil memikirkan kebesaran Allah S.W.T.Pada suatu hari ketika Abu Salih sedang duduk di tepi sebuah sungai, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal sedang dihanyutkan air.Ketika Abu Salih belum lagi makan apa-apa sebagai alas perutnya, sebaik sahaja dia ternampak epal itu perutnya terasa lapar.Lantas diapun mengambil buah epal itu, tiba-tiba dia tersedar akan kesalahannya.Buah epal itu adalah dari pokok kepunyaan orang.Oleh kerana Abu Salih seorang yang sangat beragama, dia berasa tidak senang hati kerana telah memakan buah yang bukan haknya.Dengan tidak membuang masa dia terus mencari tuan punya epal buah epal yang dimakannya itu.Dia benar-benar ingin meminta maaf di atas keterlanjurannya.Dia ingin memohon di halalkan buah epal yang di makannya itu.Setelah sekian lama dia mudik mengikut sungai itu, akhirnya dia ternampak dahan pokok epal tersebut berjuntai ke dalam sungai.Setelah dilihatnya pokok epal itu, maka dia yakin bahawa epal yang dimakannya itu adalah dari salah satu pokok epal yang terjuntai itu.Dengan rasa takut di atas kermukaan Allah serta tuan punya pokok epal itu, lantas dia terus berjalan mencari tuan punya pokok epal itu.

 

Tidak lama kemudian Abu Salih pun tiba di sebuah rumah yang sederhana besarnya.Abu Salih mengesyaki rumah itu adalah kepunyaan tuan punya pokok epal tersebut.Rumah itu sebenarnya kepunyaan seorang wali Allah yang terkenal bernama Abdullah Sawmai.Setelah memberi salam dan masuk ke rumah orang itu, Abu Salih meminta maaf di atas kesalahan yang telah dilakukannya.Abdullah Sawmai bersedia memaafkannya tetapi dengan syarat Abu Salih mesti tinggal bersamanya selama dua belas tahun.Wali itu sengaja menguji sejauh manakah ketakwaannya, di dalam hati, wali itu berkata “Baik sungguh orang muda ini, hinggakan termakan buah epal pun dia berasa perlu meminta maaf kepadaku.”Abu Salih yang lurus itu bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh Abdullah Sawmai.Sejak dari hari itu tinggallah dia bersama wali tersebut.Semasa dia berada di situ, dia telah membantu membuat berbagai kerja rumah dan taat setiap kerja yang diberikan kepadanya.Setelah genap dua belas tahun dia tinggal di situ, dia pergi berjumpa semula dengan wali itu untuk meminta maaf sekali lagi kerana hendak pulang ke kampung halamannya.Sebaik sahaja selepas dia meminta maaf, Abdullah Sawmai pun berkata kepadanya “Aku bersedia memaafkan engkau dengan syarat engkau mesti kahwin dengan anakku yang buta, pekak dan juga cacat.”“Kenapa begitu berat sekali hukuman yang diberikan kepadaku, sedangkan aku hanya memakan sebiji epal” bisik hati Abu Salih.Dia terfikir juga itu mungkin satu cubaan terhadap dirinya oleh Allah S.W.T. Mungkin ada hikmah disebalik denda tersebut.Akhirnya dengan rela hati Abu Salih menerima syarat Abdullah Sawmai itu.

 

Setelah mereka dinikahkan, Abu Salih amat terkejut apabila didapatinya isterinya tidak buta, tidak pekak dan tidak cacat seperti yang dikatakan oleh bapa mertuanya.Sebaliknya isterinya adalah seorang gadis yang amat cantik yang tidak pernah di temuinya sebelum ini sepanjang hidupnya.Di dalam hatinya dia berkata “Mungkin ini adalah balasan Allah terhadapku kerana menahan sabar.Tetapi kenapa pula ayah mertuaku tidak berkata yang sebenarnya kepadaku dahulu.Maka, pada suatu hari ketika ayah mertuanya sedang duduk di pintu, Abu Salih pun datang menghampirinya seraya bertanya “Wahai ayahku, kenapakah ayah berkata bahawa anak ayah itu buta, pekak dan cacat?” Maka Abdullah Sawmai pun menjawab “Aku katakan Fatimah isterimu itu buta sebab dia belum pernah melihat orang lain selain dari ayahnya.Aku katakan dia pekak kerana dia belum pernah mendengar sebarang kata nista dan aku katakan dia cacat kerana dia tidak pernah membuat dosa.Semenjak dari hari itu Abu Salih hidup berbahagia bersama isterinya yang bernama Ummu Khair Fatimah.

 

Isnin, 23 Ogos 2010

6 Wasiat Saidina Umar Al-Khattab

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya; 

"Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

 

1-Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. 

Kerana, celamu lebih banyak darinya.

 

2-Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu.

Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

 

3-Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH swt! 

Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

 

4-Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia.

Sebab,andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

 

5-Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. 

Kerana,jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan. 

 

6-Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. 

Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali denganmencarinya."

Selasa, 10 Ogos 2010

AHLAN YA RAMADHAN

Assalamulaikum Wrhm.Wbrkth.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang untuk kita berada dibulan Ramadhan sekali lagi.Marilah kita mengambil peluang keemasan ini dengan memastikan Ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.Bulan Ramadhan yang mulia ini mengandungi seribu rahmat dan keampunan daripada Allah sejajar dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Permulaanya rahmat,pertengahannya keampunan dan penghujungnya terlepas dari siksaan api neraka."

Bagi memperolehi rahmat,keampunan dan bebas dari neraka ini bukanlah sesuatu yang mudah dan hanya sekadar menghabiskan Ramadhan dengan tidur atau perkara-perkara yang lalai.Namun ia memerlukan usaha yang padu dan azam yang kuat serta memastikan diri kita menjadi pengurus nafsu yang terbaik.Kita mesti mendisiplinkan dan mendidik nafsu kita supaya patuh dan taat kepada perintah Allah.Memelihara perut supaya tidak makan dan minum pada waktu siang Ramadhan serta memelihara anggota pancaindera kita supaya tidak melihat,mendengar dan mengatakan sesuatu yang dilarang oleh Allah Taala.Manakala bagi siperokok pula,mereka hendaklah menjadikan Ramadhan permulaan yang baik untuk meninggalkan tabiat buruk ini.Sekiranya kita berjaya menjadi pentadbir dan pengurus nafsu yang baik maka kita akan berjaya memperolehi rahmat Allah seperti juga yang telah dijanjikan Allah dalam sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Apabila datang Ramadhan,dibuka pintu-pintu syurga,ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan."

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.

Untuk mendapat keampunan Allah dan bebas dari api neraka Allah,kita hendaklah memastikan supaya puasa yang kita laksanakan ini bukan puasa ikut-ikutan, bukan puasa adat, bukan puasa supaya orang lain kata kita baik atau bukan puasa yang hanya melepaskan batuk ditangga.Namun puasa yang kita laksanakan ini adalah didasari dengan keimanan dan keikhlasan serta pengharapan kita kepada Allah Taala.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah,maka Allah mengampunkan dosa-dosanya(dosa-dosa kecil) yang telah lalu.”Keikhlasan akan dinikmati apabila merasakan ibadah puasa itu adalah satu kewajipan yang dilakukan dengan ketaatan dan kesabaran sebagai seorang hamba Allah bukan satu bentuk paksaan.Keikhlasan juga akan diperolehi apabila ibadah ini djalani dengan dengan keilmuan dan kefahaman bukan ikutan dalam kejahilan.


Selain daripada itu,ibadah puasa ini juga mempunyai banyak hikmah dan kebihan antaranya ialah:
1)Mendidik diri kita menjadi manusia yang bersyukur.
2)Menanam sifat-sifat mahmudah seperti pemurah,penyabar,pemaaf dan lain-lain.
3)Memberikan kesihatan yang sempurna dan baik sekiranya mengikut kaedah yang betul.
4)Membuang sifat-sifat mazmumah seperti bakhil,pemarah,pengumpat dan lain-lain.
5)Dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dengan solat sunat Tarawih,berzikir,membaca al-Quran ,bersedekah dan mendengar tazkirah Ramadhan.
6)Al-Quran telah diturunkan pada bulan ini sebagai petunjuk kepada manusia.
7)Disediakan Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.


Akhir kalam,saya sebagai Nazir Masjid Sultan Hisamudin Bandar Baru Salak Tinggi dan semua ahli jawatankuasa pengurusan masjid menucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.Kami memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan,kesalahan dan kekurangan sepanjan kami mentadbir dan menguruskan masjid ini.Semoga kita berjaya menggenggam ijazah kelas pertama dalam madrasah Ramadhan kali ini dan diberikan peluang untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.Wassalam 


Rabu, 21 Julai 2010

KEPENTINGAN SOLAT

Ibadah Solat adalah satu ibadah yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah SAW secara lansung atau terus tanpa perantaraan Jibril a.s. sepertimana yang telah kita ketahui di dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.Ini memberi petunjuk yang begitu jelas bahawa ibadah solat  adalah ibadah yang amat penting sehingga Allah Taala mengangkat Rasulullah SAW sendiri kelangit untuk mengambil kefardhuan solat seumpama seorang ketua memanggil pekerjanya ke dalam bilik untuk memberikan tugasan yang amat penting.

Oleh yang demikian kita telahpun memahami dan meyakini bahawa pengaruh atau kesan positif solat kepada kehidupan umat Islam terlalu besar terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan dalam menuju keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

 Betapa besar kepentingan dan hikmah solat kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

1)Solat Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.


Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Sungguh aku ini Allah,tidak ada tuhan selain aku Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).

Solat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini solat adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala.Tidak ada jalan lain untuk kita hamba yang beriman ini untuk berhubung dengan Allah melainkan dengan hanya menunaikan solat.Justeru,orang Islam yang tidak menunaikan solat sebenarnya adalah orang yang tidak mengakui Allah itu tuhan yang patut disembah.Malah mereka ini adalah golongan yang telah menipu terhadap pengakuan di dalam syahadah dan  ikrar mereka.Orang Islam yang mengingati Allah,maka Allah akan sentiasa mengingati mereka seperti firman Allah Taala yang bermaksud:

"Maka ingatlah kepadaKu ,Aku pun akan ingat kepadamu."(Ayat 152:Surah al-Baqarah)

2)Tanda pengabdian dan syukur kepada Allah Azzawajalla.

Solat juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:

Yang bermaksud:

”Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberimu(Muhammad saw) nikmat yang banyak. Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.(sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah)”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Sekiranya seorang muslim tidak melaksanakan solat,bagaimana cara dia mengucapkan syukur kepada Allah Taala.Adakah cukup sekadar mengungkap ucapan Alhamdulillah atau terima kasih Allah tanpa solat.Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat adalah golongan yang kufur dengan nikmat Allah dan sombong seperti lagak Firaun dan Qarun.


3)Hikmah Solat Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

”Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).

Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil.Sebagai manusia biasa kita tidak akan terlepas dan bebas dari melakukan dosa.Mata kita mungkin telah terlihat perkara mungkar,lidah kita mungkin berkata sesuatu yang  tidak berhak diperkatakan,begitu juga kepada anggota-angota yang lain yang melakukan kemungkaran.Maka melalui solat ini tadi dengan izin dan rahmat Allah ,kita dapat meminta keampunan dan memadamkan dosa-dosa lalu.Sesuungguhnya orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak bimbang dan takut dengan azab dan api neraka Allah. 

4)Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).

Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan solat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala.Kita mesti yakin bahawa solat yang ikhlas dan diterima Allah Taala itu  mampu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.Orang Islam yang tidak menunaikan solat amat mudah diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melakukan perkara keji dan mungkar.Sekiranya kita mengamati waktu-waktu solat yang telah diwajibkan kepada kita iaitu Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak akan menyebabkan kita merasakan tidak ada ruang untuk membuat kemungkaran kerana hampir setiap masa dan ketika kita mendekati  Allah Azzawajalla.

Muslimin dan muslimat sekalian,

Sesungguhnya amat banyak hikmah solat dalam kehidupan kita seharian.Selain hikmah yang disebutkan di atas solat juga mampu untuk mendidik umat Islam menjadi pengurus yang baik,mampu membentuk disiplin dan mencintai ilmu.Hikmah di atas belum lagi menyentuh berkenaan hikmah solat dari sudut sains dan kesihatan.Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang hikmah solat menurut sains dan kesihatan,rujuklah buku tulisan Dr.Danial Zainal Abidin yang bertajuk "Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada teropong Sains." Wallahualam 

Selasa, 20 Julai 2010

JANGAN MEMPERMAINKAN UKUM ALLAH

Asslamulaikum.
Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah.

Mutakhir ini kita dipanaskan dengan isu mempermainkan hukum Allah Taala.Kedapatan umat Islam yang cuba memutarbelitkan hukum Allah kerana kejahilan dan kerapuhan iman mereka.Kita mungkin pernah mendengar segelintir umat Islam yang berkeyakinan sehingga mereka mengatakan dengan nada bersahaja “ minum arak ni kalau sedikit takpe” atau “main judi kalau ada lessen tu halal”.Keadaan ini menjadi lebih parah apabila terdapat pula daripada pemimpin dikalangan orang Islam yang mencadangkan supaya diberi lesen kepada kegiatan judi sempena bolasepak piala dunia yang akan berlansung dengan alasan untuk mengelakkan permainan judi yang tidak berlesen atau pada istilah mereka judi ‘haram’.Cadangan ini menjadi lebih mengarut apabila pihak kerajaan sendiri menerimanya dan melantik satu syarikat untuk mengendalikan ‘judi halal’ ini.

Wahai umat Islam marilah kita kembali kepada al-Quran.Apakah yang Allah sebut berkenaan dengan hukum judi ini?Rujuk firman Allah pada ayat 90,surah al-Maidah yang bermaksud “Wahai orang yang beriman!Bahawa sesungguhnya arak dan judi,pemujaan berhala,mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah(semata-mata(kotor)keji( dari perbuatan syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.Maka jelas kepada kita bahawa hukum Allah terhadap judi ini mutlak bahawa ianya adalah haram,tidak ada pengecualian sedikit atau banyak,berlesen atau tidak,haram tetap haram.

Saya teringat satu ketika dulu terdapat isu untuk menghalalkan pendedahan aurat.Isu ini dibangkitkan sehingga terdapat dikalangan golongan ini yang sanggup membahagikan aurat seperti najis iaitu aurat mughalazah,mutawasitah dan mukhafafah.Ini amat mengelirukan umat Islam dan membingungkan mereka demi semata-mata mencari jalan untuk merestui cara hidup mereka yang sebegitu rupanya atau mungkin mereka ini memang jahil dalam agama dan lemah iman atau mereka sebenarnya bangga mengikut cara hidup orang kafir dan ditambah pula tuntutan hawa nafsu sarakah mereka yang jahat dan keji.Walaubagaimanapun,kita mesti berwaspada dan berhati-hati dengan perbuatan dan percakapan kita kerana seseorang muslim itu boleh menjadi kafir atau murtad dengan tiga cara iaitu :
1. Melalui keyakinan.Contohnya apabila kita merasa ragu-ragu terhadap terhadap hukum Allah yang termaktub didalam al-Quran.
2. Melalui perkataan.Contohnya kita bercakap dengan menghina hukum Islam telah lapok dan tidak sesuai lagi digunakan zaman ini.
3. Melalui perbuatan iaitu apabila kita menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Kesimpulannya,dari meja nazir kali ini sebenarnya ingin mengajak semua umat Islam kembali kepada hukum Allah Taala supaya kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.Jangan sekali-kali kita mempermainkan hukum Allah atau tidak beriman dengan hukumnya kerana kita bimbang dan takut akan mendapat kemurkaan dan azab yang pedih daripada Allah Taala.Firman Allah Taala dalam surah an-Nahl,ayat 106 yang bermaksud “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman(maka baginya kemurkan dan azab daripada Allah) kecuali orang yang dipaksa(melakukan kufur)sedang hatinya tenang dengan iman,tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur,maka atas mereka tertimpa kemurkaan daripa Allah dan mereka mendapat azab yang besar.” Wallahualam.

Isnin, 17 Mei 2010

Kenyataan Dewan Ulamak Tentang Judi Piala Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 membuktikan bahawa Umno yang mendabik dada memperjuangkan Islam rupa-rupanya hanya bertopengkan Islam.

Dewan Ulamak PAS Pusat melalui satu kenyataan hari ini memberitahu, tindakan kerajaan atas alasan menyekat perjudian tanpa lesen itu juga turut memperlihatkan kedangkalan mereka dalam mengatasi isu tersebut.

"Adakah memadai untuk menghalang kemudaratan dengan cara memberikan lesen untuk melakukan kemudaratan tersebut umpama ingin menghalang orang yang mencuri dengan memberikan lesen kepada mereka untuk mencuri.

"Kelulusan judi ini juga memperlihatkan bahawa kerajaan hanya bertopengkan Islam demi wang, politik dan kerakusan kuasa semata-mata, " kenyataan itu dipetik.

Mengulas lanjut, pihak kerajaan berkemungkinan tidak segan silu meluluskan lesen judi tersebut demi untuk mencapai matlamat MEB bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Namun katanya, jika itulah yang berlaku, bermakna dasar pemerintahan negara ini adalah sekular melalui cabang pragmatisme dan bukannya Islam sebagaimana yang mereka uar-uarkan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di hadapan masyarakat, mereka menzahirkan bahawa mereka inginkan Islam dengan menganjurkan pelbagai program keislaman seperti forum, sambutan hari kebesaran Islam termasuk begitu vokal dalam isu larangan berpolitik dalam masjid tetapi dalam masa yang sama mereka tidak kisah untuk menghalalkan perkara yang haram di sisi Islam dengan memberikan alasan yang tidak logik," tegas kenyataan itu lagi.

Selain itu, mufti termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dicabar menyatakan pendirian berhubung perkara ini dan tidak hanya berdiam diri.

"Mereka tidak seharus vokal dalam isu yang memihak kepada kerajaan semata-mata tetapi menikus dalam isu yang merosakkan umat Islam demi menjaga jawatan dan kuasa semata-mata, " katanya.

Pengertian halal katanya seolah olah dipermudahkan Umno BN dengan erti setiap yang berlesen itu adalah halal, manakala yang tidak berlesen adalah haram.

Sedangkan Islam mempunyai garis panduan jelas berhubung perkara halal dan haram termasuklah judi.

"Halal bagi mereka adalah kegiatan yang berlesen, adapun haram adalah kegiatan yang tidak diberikan lesen oleh mereka. Islam Hadhari yang sebelum ini dijadikan sebagai topeng untuk mengekalkan kuasa kini tenggelam kerana slogan tersebut hanya memakan diri dan merugikan mereka," tambahnya lagi.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak agar kerajaan menarik balik lesen yang diberikan kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan.

Kenyataan Dewan Ulamak Tentang Judi Piala Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 membuktikan bahawa Umno yang mendabik dada memperjuangkan Islam rupa-rupanya hanya bertopengkan Islam.

Dewan Ulamak PAS Pusat melalui satu kenyataan hari ini memberitahu, tindakan kerajaan atas alasan menyekat perjudian tanpa lesen itu juga turut memperlihatkan kedangkalan mereka dalam mengatasi isu tersebut.

"Adakah memadai untuk menghalang kemudaratan dengan cara memberikan lesen untuk melakukan kemudaratan tersebut umpama ingin menghalang orang yang mencuri dengan memberikan lesen kepada mereka untuk mencuri.

"Kelulusan judi ini juga memperlihatkan bahawa kerajaan hanya bertopengkan Islam demi wang, politik dan kerakusan kuasa semata-mata, " kenyataan itu dipetik.

Mengulas lanjut, pihak kerajaan berkemungkinan tidak segan silu meluluskan lesen judi tersebut demi untuk mencapai matlamat MEB bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Namun katanya, jika itulah yang berlaku, bermakna dasar pemerintahan negara ini adalah sekular melalui cabang pragmatisme dan bukannya Islam sebagaimana yang mereka uar-uarkan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di hadapan masyarakat, mereka menzahirkan bahawa mereka inginkan Islam dengan menganjurkan pelbagai program keislaman seperti forum, sambutan hari kebesaran Islam termasuk begitu vokal dalam isu larangan berpolitik dalam masjid tetapi dalam masa yang sama mereka tidak kisah untuk menghalalkan perkara yang haram di sisi Islam dengan memberikan alasan yang tidak logik," tegas kenyataan itu lagi.

Selain itu, mufti termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dicabar menyatakan pendirian berhubung perkara ini dan tidak hanya berdiam diri.

"Mereka tidak seharus vokal dalam isu yang memihak kepada kerajaan semata-mata tetapi menikus dalam isu yang merosakkan umat Islam demi menjaga jawatan dan kuasa semata-mata, " katanya.

Pengertian halal katanya seolah olah dipermudahkan Umno BN dengan erti setiap yang berlesen itu adalah halal, manakala yang tidak berlesen adalah haram.

Sedangkan Islam mempunyai garis panduan jelas berhubung perkara halal dan haram termasuklah judi.

"Halal bagi mereka adalah kegiatan yang berlesen, adapun haram adalah kegiatan yang tidak diberikan lesen oleh mereka. Islam Hadhari yang sebelum ini dijadikan sebagai topeng untuk mengekalkan kuasa kini tenggelam kerana slogan tersebut hanya memakan diri dan merugikan mereka," tambahnya lagi.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak agar kerajaan menarik balik lesen yang diberikan kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan.

Kenyataan Dewan Ulamak Tentang Judi Piala Dunia

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Tindakan kerajaan pusat meluluskan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 membuktikan bahawa Umno yang mendabik dada memperjuangkan Islam rupa-rupanya hanya bertopengkan Islam.

Dewan Ulamak PAS Pusat melalui satu kenyataan hari ini memberitahu, tindakan kerajaan atas alasan menyekat perjudian tanpa lesen itu juga turut memperlihatkan kedangkalan mereka dalam mengatasi isu tersebut.

"Adakah memadai untuk menghalang kemudaratan dengan cara memberikan lesen untuk melakukan kemudaratan tersebut umpama ingin menghalang orang yang mencuri dengan memberikan lesen kepada mereka untuk mencuri.

"Kelulusan judi ini juga memperlihatkan bahawa kerajaan hanya bertopengkan Islam demi wang, politik dan kerakusan kuasa semata-mata, " kenyataan itu dipetik.

Mengulas lanjut, pihak kerajaan berkemungkinan tidak segan silu meluluskan lesen judi tersebut demi untuk mencapai matlamat MEB bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Namun katanya, jika itulah yang berlaku, bermakna dasar pemerintahan negara ini adalah sekular melalui cabang pragmatisme dan bukannya Islam sebagaimana yang mereka uar-uarkan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di hadapan masyarakat, mereka menzahirkan bahawa mereka inginkan Islam dengan menganjurkan pelbagai program keislaman seperti forum, sambutan hari kebesaran Islam termasuk begitu vokal dalam isu larangan berpolitik dalam masjid tetapi dalam masa yang sama mereka tidak kisah untuk menghalalkan perkara yang haram di sisi Islam dengan memberikan alasan yang tidak logik," tegas kenyataan itu lagi.

Selain itu, mufti termasuk menteri di Jabatan Perdana Menteri turut dicabar menyatakan pendirian berhubung perkara ini dan tidak hanya berdiam diri.

"Mereka tidak seharus vokal dalam isu yang memihak kepada kerajaan semata-mata tetapi menikus dalam isu yang merosakkan umat Islam demi menjaga jawatan dan kuasa semata-mata, " katanya.

Pengertian halal katanya seolah olah dipermudahkan Umno BN dengan erti setiap yang berlesen itu adalah halal, manakala yang tidak berlesen adalah haram.

Sedangkan Islam mempunyai garis panduan jelas berhubung perkara halal dan haram termasuklah judi.

"Halal bagi mereka adalah kegiatan yang berlesen, adapun haram adalah kegiatan yang tidak diberikan lesen oleh mereka. Islam Hadhari yang sebelum ini dijadikan sebagai topeng untuk mengekalkan kuasa kini tenggelam kerana slogan tersebut hanya memakan diri dan merugikan mereka," tambahnya lagi.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak agar kerajaan menarik balik lesen yang diberikan kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan.

Selasa, 20 April 2010

ISLAM DANCABARAN MASA KINI

Segala puj bagi Allah tuhan semesta alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah Taala.Seorang muslim yang beriman mestilah patuh dan taat kepada segala perintah dan larangan Allah Taala.Namun begitu ketaatan dan kepatuhan seorang mukmin itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh Allah Taala tanpa diuji dan dicabar.Oleh sebab itu,kita melihat sejak nabi Adam diciptakan,manusia telah diuji keimanan mereka dengan pelbagai ujian termasuklah nabi Adam sendiri telah diuji oleh Allah Taala sejauhmana kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap suruhan dan larangan Allah Taala.Bagaimana pula kita hari ini?Apakah cabaran dan ujian yang kita perlu tempuh dalam kita mengharungi dunia yang moden dan global ini?Sesungguhnya  kita melihat Islam hari ini mesti mendepani cabaran yang begitu hebat sehingga kedapatan muslim atau mukmin yang telah kecundang  serta tewas dalam melalui ujian dan cabaran ini.Dari meja nazir kali ini,saya ingin membawa para muslumin dan muslimat merenung dan menghayati cabaran dalaman yang telah,sedang dan yang akan kita hadapi.


Secara ringkasnya cabaran dalaman yang kita sedang lalui sekarang ini ialah cabaran kejahilan umat tentang Islam dalam hubungan dengan akidah, syariat dan hidup rohaniah.Cabaran akidah yang saya maksudkan di sini ialah kegagalan umat Islam hari ini untuk memahami dan menghayati konsep tauhid.Terdapat golongan muslim yang tidak mengenal Allah sebagai pencipta sehingga membawa mereka menderhaka dan mengingkari Allah pencipta sekalian alam.Kedengkelan mereka terhadap perkara akidah ini juga,memberi peluang kepada musuh-musuh Allah untuk menanamkan keyakinan dihati-hati orang Islam dengan ideologi,fahaman,ajaran,pegangan dan aliran yang sesat lagi menyesatkan.Maka lahirlah golongan yang telah berpegang dengan fahaman sekularisma,liberalisma,femanisma dan bermacam lagi seperti yang telah diperkenalkan oleh orang yahudi dan krisrian.Tidak hanya datang fahaman dari orang musyrik tetapi aliran -aliran yang telah menghancurkan pegangan kita kepada Allah dan Rasulullah SAW yang telah dicipta sendiri  oleh orang Islam seperti aliran Muktazilah,Jabariah,Qadriah,Syiah,Murjiah dan berbagai lagi yang menyesatkan dan memecahbelahkan umat Islam.Ditambah lagi dengan wujudnya ajaran-ajaran sesat yang menghairankan dan mengelirukan umat Islam.Sesungguhnya semua ini akan merosakkan hubungan kita dengan Allah dan menyebabkan ramai muslim tergelincir dari akidah yang sebenar.  

 Dalam cabaran syariah hari ini,ramai dikalangan orang Islam yang meninggalkan segala yang diwajibakan dan melakukan segala yang dilarang atau yang diharamkan.Terdapat ramai orang Islam yang meninggalkan solat,tidak berpuasa di bulan Ramadhan,tidak menutup aurat,tidak membayar zakat dan terlihat dalam ciri-ciri orang perseorangan kita yang tidak mencerminkan ciri-ciri keperibadian Islam dengan mengamalkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan Islam seperti perjudian, perzinaan, kecurian, penganiayaan dan minum arak yang melibatkan harta, kehormatan diri, dan keamanan masyarakat dan rumah tangga. Keadaan ini akhirnya telah menimbulkan penyakit sosial yang lain dikalangan muslim antaranya ialah pelacuran,rogol,rasuah,buang dan bunuh anak,pecah amanah dan lain-lain lagi serta menimbulkan wabak penyakit yang mana Allah turunkan sebagai peringatan kepada manusia seperti AIDS,siflis,selsema burung,H1N1 dan sebagainya.


 Semua cabaran dalam bentuk akidah dan syariah adalah berpunca daripada kegagalan umat Islam memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar.Kurangnya penghayatan ini juga menyebabkan orang Islam tidak berusaha untuk memantapkan rohani mereka.Amalan seperti membaca dan mentadabbur al-Quran, berzikir ,berfikir tentang ciptaan Allah,bangun malam beribadah,menghadiri majlis-majlis ilmu dan bersedekah telah cuba dilenyap dan dikikis dari kehidupan umat Islam.Amalan-amalan baik ini telah diganti dengan hiburan-hiburan yang melalaikan seperti nyanyian , filem dan internet yang berbaur lucah,seram dan ganas . Dalam hubungan ini juga kita boleh lihat kemerosotan dalam hubungan antara ibubapa dengan anak, suami dengan isteri, jiran dengan jiran, majikan dengan pekerja, ketua dengan anak buahnya, guru dengan muridnya, demikian seterusnya. Kemerosotan dan keruntuhan akhlak dalam kalangan para ahli hiburan juga yang kononnya menjadi contoh dan ikutan masyarakat Islam khususnya golongan muda merupakan fenomena yang sangat membimbangkan.

 Akirnya rumusan yang kita boleh buat ialah  semua cabaran ini tidak akan dapat kita depani dengan sempurna sekiranya kita masih lagi tidak berjaya melaksanakan perundangan Islam secara menyeluruh kerana berpunca daripada ketidakyakinan pemimpin dan masyarakat Islam terhadap undang-undang Allah yang mampu memelihara agama,harta,keturunan,akal dan maruah manusia.Percaya dan yakinlah kita semua umat Islam kepada dustur Ilahi iaitu al-Quran dan Sunnah Baginda Rasullullah SAW supaya kembali dan berpegang dengan kedua-duanya supaya kita tidak sesat dan mampu mendepani cabaran tersebut,insyaAllah.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu(wahai Nabi Muhammad SAW) kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran,supaya kamu menghukum antara manusia menurut apa yang Allah Taala tunjukkan(melalui wahyunya) dan janganlah kamu menjadi pembela orang-orang yang khianat.” (surah an-Nisa’ ayat 105)  

Wallahualam.

Khamis, 4 Februari 2010

RASULULLAH SAW PENYELAMAT UMMAT

Assalammualaikum.
Para muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Insyaallah pada 12 Rabiulawal bersamaan dengan 26 Februari 2010 ini kita akan menyambut hari kelahiran junjungan besar kita baginda Rasulullah SAW.Kita sering melupakan baginda tetapi insan mulia ini sentiasa mengingati dan amat menyayangi kita semua. Ungkapan baginda sebelum pergi bertemu Kekasihnya, "Umatku... umatku...umatku..." meliputi semua manusia yang hidup semasa kerasulan baginda hinggalah bayi terakhir yang lahir sebelum hari kiamat. Kita termasuk golongan yang disebut baginda sebagai "ummati". Kita merupakan golongan yang sangat diambil berat oleh insan agung ini. Nabi Muhammad SAW menangis kerana kita. Menanggung penderitaan kerana kita. Darahnya yang mulia membasahi bumi kerana kasih baginda yang tak terhingga kepada kita, umatnya.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." (At-Taubah: 128)

Nabi Muhammad SAW sayang kita. Hebatnya kasih baginda kepada kita, baginda tak sanggup melihat umatnya terkapai-kapai tanpa pegangan. Terumbang-ambing tak kenal siapa Tuhan. Bergelumang dalam najis kemaksiatan dan kehancuran.

Baginda berkorban segala-galanya demi Islam. Untuk kebaikan umatnya. Namun,persoalannya apakah yang kita dah buat untuk baginda? Adakah kita telah membuat sekelumit jasa yang boleh membuat Rasulullah bangga dengan kita sebagai umat baginda? Cinta dan kasih baginda yang tak terhingga kepada kita, apakah kita telah membalas cintanya?

Allah SWT telah memberi kita tempoh semenjak baligh hingga mati untuk kita berkhidmat kepada Rasulullah SAW. Berselawat ke atas baginda. Menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Menghayati sirah perjalanan hidup baginda. Mempertahankan baginda daripada cercaan kuffar laknatullah. Meneruskan perjuangan dakwah baginda serta memastikan kesinambungan risalah yang dibawa oleh baginda. Kita mahu jika Rasulullah masih bersama-sama dengan kita pada hari ini, baginda akan senyum melihat kita.

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:
"....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "

Kelahiran baginda membawa rahmat untuk sekalian alam. Kelahiran kekasih Allah ini bagaikan cahaya yang menyinari segenap alam. Menerangi manusia yang terkapai-kapai dalam kejahilan, memandu mereka kepada makrifatullah. Bayangkan betapa besarnya rahmat ini,sebesar rahmat seorang anak diketemukan dengan ibunya atau lebih besar lagi seperti rahmat seorang hamba dan makhluk diketemukan dengan Penciptanya.

Oleh yang demikian,marilah kita memahami,menghayati dan meneruskan tali-tali perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW demi untuk melihat Islam segar tegak di bumi ini.Ketepikan semua kepentingan,kejahilan,kerosakan,kemungkaran dan perpecahan dikalangan kita dengan kembali merujuk kepada Allah dan RasulNya.Jangan biarkan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi laknatullah mentertawakan kita kerana kebodohan dan kedegilan kita.Takbir Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar.

Rabu, 20 Januari 2010

AKU HAIRAN

AKU HAIRAN……

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa. 

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya. 

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. 

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta. 

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa. 

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya. 

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. 

Usman Ibn Affan r.a. 



YANG penting dalam kehidupan ialah 
'perjuangan' bukan kejayaan. 
Perjuangan inilah yang cuba aku lakukan, 
hidup tanpa belas kasihan orang lain....

Rabu, 13 Januari 2010

SOLAT GERHANA BULAN DAN MATAHARI


Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari. 


Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Dalilnya :
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

 
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya : 

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم
Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

 

 

Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

 

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

 

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

 

i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).

ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ). 

* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

 

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

 

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

 
ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan 

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

 

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

 

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

 

Berdasarkan hadis :


عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan 

(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
  (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

 
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ

 

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”


(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

 

b. Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah  

  atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.

 

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari. 

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

 

Khutbah Solat Gerhana :

 

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة

Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” 
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

 

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.

ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

 

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

 

Contoh :

i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.

ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.

iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

 

 

Matla’ Badrain.

Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa. 

Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L

Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.

http://www.islamweb.net

MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH

ASSALAMUALAIKUM.

     Hari ini kita sibuk memperkatakan berkenaan mempertahankan kalimah Allah.Ini adalah rentetan masyarakat Kristian di negara kita yang ingin berkongsi menggunakan kalimah yang mulia ini.Maka ramailah orang Melayu yang beragama Islam bangun menentang keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Majalah Herald Katolik menggunakan kalimah Allah.K ita telah melahirkan rasa kecewa dan marah melalui tulisan,tunjuk perasaan atau menghantar petisyen dan memo bantahan dengan sekeras-kerasnya terhadap keputusan ini.Namun ada juga yang berpendapat kita seharusnya membenarkan penggunaan kalimah Allah ini bagi agama lain berdasarkan pendapat ulamak seperti Al-Fadhil Dr.Yusuf al-Qardhawi dan Dr.Wahbah Zuhaili yang mengharuskan penggunaan kalimah Allah ini bagi agama kristian dan Yahudi.

       Sebagai orang Islam yang  memperjuangkan Islam  saya merasakan sepatutnya kita bersatu dalam tindakan  mempertahankan agama Allah bukan semata-mata mepertahankan kalimah Allah,tetapi lebih daripada itu iaitu sentiasa bersedia dalam satu barisan untuk menegakkan hukum Allah, melaksanakan perintah dan larangan Allah,memahami dan mengenal Allah Azza wajalla.Kita juga mesti bersatu menyusun langkah dan strategi untuk menyebarkan agama ini serta mempertahan kesuciannya daripada dinodai oleh pengaruh orang-orang kafir.Allah Taala berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuan dijalanNya dalam  barisan yang teratur,mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."(Surah as-Saff ayat 4).

     Oleh sebab itu kita harus sedar dan insaf sebenarnya orang Islam di Malaysia hari ini semakin hari,semakin pudar kefahaman Islam dan semakin rendah mutu akidah dan akhlaknya.Mereka mampu bertempik dan menjerit marah dan ada yang sanggup membakar gereja tetapi adakah mereka yang melakukan semua ini sedar sebenarnya kita telah lama menggunakan cara hidup mereka,malah ada yang berbangga.Persoalannya,mengapa kita tidak merpertahan isi kandungan dalam kalimah Allah itu daripada kalimah itu sendiri?Sama-samalah kita bermuhasabah setiap tindakan yang kita telah ,sedang dan akan lakukan untuk menyekat setiap usaha untuk merosakkan agama Islam yang kita cintai ini dari semua sudut dan segi.Sekian,wassalam.