Selasa, 10 Februari 2009

SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

Pada selasa malam rabu yang lalu saya telah memberi kuliah Maghrib di surau Bandar Bukit Mahkota tentang sirah Nabi Muhammad SAW yang diambil dari buku Fiqh Sirah karangan Ramadhan al-Buti.Tajuk kali ini berkenaan dengan tawaran yang dibuat kepada Rasullullah SAW oleh kafir Quraish.Setelah orang mushrikin Makkah tidak berjaya menggugat dakwah Rasullullah SAW dan orang Islam dengan cara menyiksa,mengejek dan mengancam untuk membunuh mereka.Dengan itu pembesar Quraish telah berkumpul di kelab mereka untuk berbincang cara untuk menyekat dakwah Rasullullah SAW.Uthbah bin Rabiah telah menawarkan diri untuk berjumpa dengan Rasullullah SAW bagi membuat beberapa tawaran iaitu dengan harapan baginda akan menghentikan dakwah menyeru masyarakat arab mentauhidkan Allah Taala.Antara tawaran yang dibuat oleh Uthbah ialah:
  • Menawarkan harta kepada baginda.
  • Menawarkan kedudukan penting dalam masyarakat Arab samaada sebagai ketua atau raja.
  • Menawarkan tabib untuk merawat Rasullullah SAW kerana mereka menyangka bahawa baginda telah dirasuk oleh jin.

Rasullullah tidak menerima tawaran Uthbah tersebut tetapi telah membaca surah Fussilat ayat 1-12 kepada Uthbah sehingga Uthbah terpegun dan lalu menutup mulut baginda daripada meneruskan bacaan ayat tersebut apabila sampai pada ayat yang ke-12.Lalu Uthbah pulang dan memberitahu kepada kaumnya bahawa dia tidak pernah mendengar apa yang yang telah dibaca oleh Rasullullah SAW.Bacaan itu bukan syair,bukan gurindam dan bukan seloka tetapi dia yakin bahawa itu adalah kalamullah dan kebenaran yang diseru oleh baginda.Dengan keyakinan itu Uthbah meminta kaumnya supaya membiarkan dakwah Nabi Muhammad SAW.Kaum musyrikin pula menganggap Uthbah telah terkena sihir apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dibacakan kepada dia oleh Nabi Muhammad SAW.

Pengajaran yang boleh diambil ialah:

  1. Setiap pendakwah hendaklah mempunyai niat yang ikhlas dalam proses memberi peringatan kepada manusia tanpa mempunyai matlamat yang lain seperti menggunakan jalan dakwah sebagai cara untuk mengumpulkan harta dan mendapatkan pangkat dan kedudukan.Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.
  2. Menzahirkan kekuatan dakwah Rasullullah SAW yang lansung tidak tergoda dengan tawaran yang dibuat oleh orang musyrik.Ini juga dapat menolak dakwaan musuh Islam yang membuat dakwaan yang tidak berasas iaitu Rasullullah SAW berdakwah untuk mengumpul harta dan mendapatkan pangkat kedudukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan