Selasa, 16 Julai 2013


RAMADHAN MEMBENTUK JATI DIRI.

Ramadhan adalah satu ruang dan peluang yang disediakan oleh Allah Taala untuk membersihkan jiwa yang kotor.Pembersihan jiwa adalah sangat penting bagi membentuk dan melahirkan jatidiri yang kental untuk berdepan dengan sebarang ujian dan cubaan yang dibentangkan oleh Allah Taala bagi menguji keimanan. Allah Taala telah memberitahu kita dalam surah al Baqarah ayat 183 bahawa puasa yang dilakukan dengan rasa ketaatan dan semata-mata untuk menuntut keredhaan Allah Taala akan melahirkan jiwa yang lebih  bertaqwa kepada Allah.Firman Allah Taala yang bermaksud:


"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Begitu juga hadith  Rasulullah SAW telah menyokong Firman Allah Taala ini

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

Ertinya:

“Dari Abi Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah pelindung dari neraka. Sekiranya seseorang dari kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa.”

(HR. al-Bukhari dan Muslim

SENDI KEKUATAN JIWA.

Menurut Imam Fathi Yakan dalam bukunya “Apa Ertinya Saya Menganut Islam “bahawa sendi kekuatan dalam memerangi nafsu itu ada dua iaitu hati dan aqal.

1.Hati:Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup,bersih,cekal dan lembut.Allah Taala menggambarkan hati orang-orang mukmin itu menerusi firmanNya dalam surah al-Anfal ayat 2 yang bermaksud:
 
" Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."

Bagaimana mengubat hati yang sakit?

Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash (men. 291H/904M), pernah memberi nasihat:

“Ubat hati ada lima perkara: Membaca Al Quran dengan merenungkan isi dan ertinya, berpuasa dengan mengosongkan perut, bangun malam beribadat, bermunajat/tadharru’ di waktu sahur, dan berkumpul dengan orang-orang soleh”

(dipetik dari Risalah Qushairiyah karangan Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qushairi an Naisaburi 376H-465H)

Dikatakan cuba bahawa kata-kata tersebut juga diungkapkan oleh Sunan Kalijaga yang kini dijadikan lirik lagu oleh Opick dengan judul yang sama:

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

2.Aqal:Aqal adalah ciptaan Allah yang dapat melihat,mempunyai daya memahami sesuatu,mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmu yang dipelajarinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memahami keagungan Allah Taala.Aqal seperti inilah yang dimaksudkan Allah dalam firman Allah dalam surah al-Fathir ayat 28:

šÆÏBur Ĩ$¨Z9$# Å_U!#ur¤$!$#ur ÉO»yè÷RF{$#ur ì#Î=tFøƒèC ¼çmçRºuqø9r& šÏ9ºxx. 3 $yJ¯RÎ) Óy´øƒs ©!$# ô`ÏB ÍnÏŠ$t6Ïã (#às¯»yJn=ãèø9$# 3 žcÎ) ©!$# îƒÍtã îqàÿxî ÇËÑÈ  

28. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Rasulullah SAW berpesan kepada saidina Ali r.a dalam sabdanya yang bermaksud:

“Apabila manusia mendampingi Allah dengan melakukan berbagai amalan kebajikan maka engkau dampingilah Allah dengan aqal fikiran engkau”

 

Disediakan oleh:

Ustaz Yusmi Haniff bin Haji Ariffin al-Faruqi.

 

Selasa, 5 Februari 2013


                         CIRI-CIRI ORANG YANG MENCINTAI NABI MUHAMMAD SAW.

 

SETIAP tahun umat Islam menyambut meriah kehadiran 12 Rabiul Awal, iaitu tarikh yang dikaitkan dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pelbagai upacara akan diatur sempena hari itu yang dikenali sebagai Maulidur Rasul seperti perarakan, upacara marhaban dan ceramah.

Semuanya ini dilaksanakan demi untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang terhadap junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Saban tahun apabila muncul 12 Rabiul Awal akan timbul juga polemik mengenai sambutan itu sama ada sunnah atau bidaah.

Pihak yang tidak bersetuju dengan sambutan Maulidur Rasul menyatakan ia termasuk amalan bidaah kerana tidak pernah dilaksanakan pada zaman Nabi SAW, sahabat atau zaman salafussoleh.

Malah, imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad juga tidak pernah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul hingga timbul persoalan adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad SAW seperti generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan itu.

Mereka yang menyokong sambutan itu beranggapan ia adalah bidaah yang baik (hasanah) dan bertujuan mengagungkan baginda serta mencerminkan kasih sayang kepada baginda. Apatah lagi. tidak ada larangan khusus daripada Allah serta Rasul-Nya.

Menyambung polemik mengenai sambutan Maulidur Rasul bukan isu kerana yang penting ialah bagaimana tata cara sebenar untuk membuktikan kasih sayang serta keagungan kepada Nabi Muhammad SAW.

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu prinsip agama yang penting serta mendasar kerana seseorang itu tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi Muhammad SAW melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka)." – (Surah al-Taubah, ayat 24)

Rasulullah berhak meraih cinta umatnya kerana baginda adalah makhluk yang paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur dan jalan yang lurus, mengasihi umatnya, memberi petunjuk kepada umatnya, menyelamatkan umatnya dari neraka dan menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah kesan kesaksian kita bahawa Muhammad itu utusan Allah yang menjadi sebahagian daripada kalimah syahadah.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW memiliki ciri tertentu antaranya:

1- Mentauhidkan Allah. Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." – (Surah al-Nahl, ayat 36)

Untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW, hendaklah sekalian umat Islam menghindari amalan syirik dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah. Mentauhidkan Allah adalah bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad SAW.

2. Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya. Antara tanda mencintai Rasulullah SAW adalah dengan memanfaatkan al-Quran yang menjadi mukjizatnya dalam segala aspek kehidupan kita.

Ibnu Mas'ud berkata: Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Untuk merealisasikan makna mencintai al-Quran hendaklah kita mempelajari dan memahami isi kandungan dan beramal dengannya serta menyebarkan pengajaran yang terkandung dalamnya kepada seluruh umat manusia.

3. Mentaati Sunnah Nabi SAW, satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." – (Surah al-Ahzab, ayat 21)

4. Menyebarkan sunnah Nabi SAW. Mencintai Nabi SAW bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda, tetapi hendaklah kita bersungguh menyampaikan serta mengajarnya untuk menyambung tugasan baginda. Jika kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan, pasti sunnahnya akan mati dan digantikan amalan yang bercanggah dengan syarak.

5. Sentiasa memuji dan mengingatinya. Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya menyuluh perjalanan kita.

6. Mencintai mereka yang dicintai Nabi SAW. Antara tanda cinta kepada Nabi SAW adalah mencintai mereka yang dicintai baginda seperti isteri-isterinya, ahli keluarga dan sahabatnya serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran baginda.

7. Membenci orang yang dibenci Nabi SAW. Hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

8. Membela Nabi SAW daripada serangan golongan munafik. Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hakam Allah serta sunnah baginda sedang hebat diperlekehkan kelompok munafik.

Oleh itu, tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW adalah membantah hujah golongan itu dan membela baginda dengan memberi penjelasan kepada seluruh umat Islam terhadap isu batil yang dibangkitkan musuh Allah itu.

Demikianlah antara tanda yang menggambarkan hakikat sebenar mencintai Nabi Muhammad SAW. Jelas di sini mencintai Nabi SAW bukan satu perkara yang datang hanya setahun sekali. Mencintai Nabi Muhammad SAW adalah satu proses berterusan dan sentiasa perlu diberi perhatian setiap waktu dan ketika oleh seluruh umat Islam.

Selasa, 9 Oktober 2012

PUJIAN BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN CELAAN KEPADA ORANG-ORANG KAFIR.



SURAH MUHAMMAD(AYAT 1-3)

Mukaddimah;

Surah ini dinamakan surah Muhammad kerana terdapat di dalam surah ini memperkatakan tentang apa yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad SAW.Surah ini juga dinamakan surah al-Qital(peperangan) kerana banyak menyentuh berkaitan peperangan.Surah ini tergolong di dalam surah Madaniyyah kerana surah ini telah diturunkan selepas peperangan Badar dan sebelum peperangan al-Ahzab.Diturunkan surah ini selepas penurunan surah al-Hadid.Al-Basri berpendapat surah ini mengandungi 40 ayat dan al-Kufi pula berpendapat surah ini mengandungi 38 ayat.Terdapat juga pendapat lain yang mengatakan 39 ayat.
Maksud Firman Allah Taala ayat 1-3 dari surah Muhammad yang bermaksud:
1. Orang-orang Yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan Segala amal mereka.

2. Dan (sebaliknya) orang-orang Yang beriman dan mengerjakan amal Yang soleh serta beriman kepada Al-Quran Yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - Yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di Akhirat).

3. Berlakunya Yang demikian, kerana Sesungguhnya orang-orang Yang kafir menurut perkara Yang salah, dan Sesungguhnya orang-orang Yang beriman menurut perkara Yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.

Surah ini telah dibuka dengan Allah menyebut tentang celaan yang dahsyat kepada orang kafir dan pujian yang hebat kepada orang yang beriman.

 وصدوا عن سبيل الله الذين كفروا” Perkataan kafir dalam ayat ini merujuk kepada kafir Quraish yang menentang Islam dan menghasut qabilah lain untuk turut sama menolak Islam seperti Abu Jahal,Abu Lahab,Uthbah bin Rabiah dan pembesar-pembesar Quraish yang lain. Perkataan صدوا  bermakna menghalang iaitu sikap orang kafir Quraish yang sentiasa mencari jalan untuk menghalang dakwah Rasulullah SAW seperti mereka telah menghina,mengancam nyawa dan membunuh  sesiapa sahaja yang ingin beriman dengan Rasulullah SAW .Firmannya أضل أعمالهم  membawa maksud Allah telah menghilangkan atau menghapuskan segala perbuatan baik yang dilakukan oleh orang kafir. Semua perbuatan baik yang dilakukan oleh mereka seperti memuliakan tetamu,berbuat baik kepada ibubapa atau membantu orang lain tidak diterima oleh Allah Taala dan tidak diberi pahala olehNya kerana kekufuran mereka dan sikap mereka yang menghalang – halang orang lain untuk menerima dan mengikut agama Islam yang benar.

Kemudian Allah Taala menjelaskan tentang pahala yang telah disediakan kepada orang-orang yang beriman.Firman Allah Taala “والذين امنوا وعملوا الصالحات” yang membawa maksud mereka yang telah memiliki iman yang benar iaitu beriman dengan lidah,membenarkan dalam hati dan mengamalkannya dengan perbuatan serta melakukan perbuatan baik dengan niat ikhlas kepada Allah  dan mengikut petunjuk Rasulullah SAW.Manakala ulamak tafsir menjelaskan bahawa firman Allah Taala: “وءامنوا بما نزل علئ محمد” adalah menjadi syarat setiap keimanan dan amalan seseorang itu diterima apabila ianya mesti bertepatan dengan segala yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.Ini juga menjadi isyarat tentang ketinggian kedudukan Rasulullah SAW disisi Allah Taala.Firman Allah Taala: “وهوالحق من ربهم”.Ayat ini telah menyokong ayat yang sebelumnya bahawa semua yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah daripada Allah Taala semata-mata seperti firman Allah $tBur                                                                                      ß,ÏÜZtƒ Ç`tã #uqolù;$# ÇÌÈ   ÷bÎ) uqèd žwÎ) ÖÓórur 4ÓyrqムÇÍÈ  

3. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.(Surah an-Najm:ayat3-4)

Kemudian Allah Taala menjelaskan ganjaran yang akan diperolehi oleh orang-orang yang beriman dan melakukan perbuatan baik iaitu dengan firmanNya:

 كفر عنهم سيئاتهم وأصلح بالهم “.Allah akan menghapuskan semua perbuatan jahat  mereka yang telah  dilakukan semasa dalam kekufuran dan kemudian mereka   telah beriman  dan beramal soleh  dan tidak mengazab mereka.Bahkan Allah akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik  didunia dan balasan  baik diakhirat sepertimana firman Allah Taala dalam surah al-Bayyinah :

 žcÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# y7Í´¯»s9'ré& ö/ãf çŽöy{ Ïp­ƒÎŽy9ø9$# ÇÐÈ   ôMèdät!#ty_ yZÏã öNÍkÍh5u àM»¨Zy_ 5bôtã ̍øgrB `ÏB $uhÏGøtrB ㍻pk÷XF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkŽÏù #Yt/r& ( zÓÅ̧ ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ztã 4 y7Ï9ºsŒ ô`yJÏ9 zÓÅ´yz ¼çm­/u ÇÑÈ  

Maksudnya:

7. Seungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan Yang demikian itu untuk orang-orang Yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Pada ayat yang ketiga  Allah menjelaskan demikianlah Allah telah memberitahu tentang perbezaan adan perbandinagn diantara orang-orang kafir yang mengikut kebatilan serta balasan buruk bagi mereka dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan dibalas dengan kehidupan baik di dunia dan ganjaran yang hebat diakhirat kelak insyaAllah.