SURAH
MUHAMMAD(AYAT 1-3)
Mukaddimah;
Surah ini dinamakan surah Muhammad kerana
terdapat di dalam surah ini memperkatakan tentang apa yang telah diturunkan
kepada nabi Muhammad SAW.Surah ini juga dinamakan surah al-Qital(peperangan)
kerana banyak menyentuh berkaitan peperangan.Surah ini tergolong di dalam surah
Madaniyyah kerana surah ini telah diturunkan selepas peperangan Badar dan
sebelum peperangan al-Ahzab.Diturunkan surah ini selepas penurunan surah
al-Hadid.Al-Basri berpendapat surah ini mengandungi 40 ayat dan al-Kufi pula
berpendapat surah ini mengandungi 38 ayat.Terdapat juga pendapat lain yang
mengatakan 39 ayat.
Maksud Firman Allah Taala ayat 1-3 dari surah Muhammad yang bermaksud:
1. Orang-orang Yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang
lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan Segala amal mereka.
2. Dan (sebaliknya) orang-orang Yang beriman dan mengerjakan amal Yang
soleh serta beriman kepada Al-Quran Yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
(s.a.w) - Yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan
dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di Akhirat).
3. Berlakunya Yang demikian, kerana Sesungguhnya orang-orang Yang kafir
menurut perkara Yang salah, dan Sesungguhnya orang-orang Yang beriman menurut
perkara Yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat
manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
Surah ini telah dibuka dengan Allah menyebut tentang
celaan yang dahsyat kepada orang kafir dan pujian yang hebat kepada orang yang
beriman.
“ وصدوا عن سبيل الله الذين كفروا”
Perkataan kafir dalam ayat ini merujuk kepada kafir Quraish yang menentang
Islam dan menghasut qabilah lain untuk turut sama menolak Islam seperti Abu
Jahal,Abu Lahab,Uthbah bin Rabiah dan pembesar-pembesar Quraish yang lain.
Perkataan صدوا bermakna menghalang
iaitu sikap orang kafir Quraish yang sentiasa mencari jalan untuk menghalang
dakwah Rasulullah SAW seperti mereka telah menghina,mengancam nyawa dan
membunuh sesiapa sahaja yang ingin
beriman dengan Rasulullah SAW .Firmannya أضل أعمالهم membawa maksud Allah telah menghilangkan atau
menghapuskan segala perbuatan baik yang dilakukan oleh orang kafir. Semua
perbuatan baik yang dilakukan oleh mereka seperti memuliakan tetamu,berbuat
baik kepada ibubapa atau membantu orang lain tidak diterima oleh Allah Taala
dan tidak diberi pahala olehNya kerana kekufuran mereka dan sikap mereka yang
menghalang – halang orang lain untuk menerima dan mengikut agama Islam yang
benar.
Kemudian Allah
Taala menjelaskan tentang pahala yang telah disediakan kepada orang-orang yang
beriman.Firman Allah Taala “والذين امنوا وعملوا الصالحات” yang membawa maksud mereka
yang telah memiliki iman yang benar iaitu beriman dengan lidah,membenarkan
dalam hati dan mengamalkannya dengan perbuatan serta melakukan perbuatan baik
dengan niat ikhlas kepada Allah dan
mengikut petunjuk Rasulullah SAW.Manakala ulamak tafsir menjelaskan bahawa
firman Allah Taala: “وءامنوا بما نزل علئ محمد” adalah menjadi syarat setiap
keimanan dan amalan seseorang itu diterima apabila ianya mesti bertepatan
dengan segala yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.Ini juga menjadi
isyarat tentang ketinggian kedudukan Rasulullah SAW disisi Allah Taala.Firman
Allah Taala: “وهوالحق من ربهم”.Ayat ini telah menyokong ayat yang
sebelumnya bahawa semua yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah daripada
Allah Taala semata-mata seperti firman Allah $tBur
ß,ÏÜZt Ç`tã #uqolù;$# ÇÌÈ ÷bÎ) uqèd wÎ) ÖÓórur 4Óyrqã ÇÍÈ
3. Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan
ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
4. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada
Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.(Surah
an-Najm:ayat3-4)
Kemudian Allah Taala menjelaskan ganjaran yang
akan diperolehi oleh orang-orang yang beriman dan melakukan perbuatan baik
iaitu dengan firmanNya:
“كفر عنهم سيئاتهم وأصلح بالهم “.Allah akan menghapuskan
semua perbuatan jahat mereka yang
telah dilakukan semasa dalam kekufuran
dan kemudian mereka telah beriman dan beramal soleh dan tidak mengazab mereka.Bahkan Allah akan
menjanjikan kehidupan yang lebih baik
didunia dan balasan baik
diakhirat sepertimana firman Allah Taala dalam surah al-Bayyinah :
cÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# y7Í´¯»s9'ré& ö/ãf çöy{ ÏpÎy9ø9$# ÇÐÈ ôMèdät!#ty_ yZÏã öNÍkÍh5u àM»¨Zy_ 5bôtã ÌøgrB `ÏB $uhÏGøtrB ã»pk÷XF{$# tûïÏ$Î#»yz !$pkÏù #Yt/r& (
zÓÅ̧ ª!$# öNåk÷]tã (#qàÊuur çm÷Ztã 4
y7Ï9ºs ô`yJÏ9 zÓÅ´yz ¼çm/u ÇÑÈ
Maksudnya:
7. Seungguhnya orang-orang Yang beriman dan
beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
8. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga
Adn (tempat tinggal Yang tetap), Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan
Merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan Yang
demikian itu untuk orang-orang Yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
Pada ayat yang ketiga Allah menjelaskan demikianlah Allah telah
memberitahu tentang perbezaan adan perbandinagn diantara orang-orang kafir yang
mengikut kebatilan serta balasan buruk bagi mereka dengan orang-orang yang
beriman dan beramal soleh akan dibalas dengan kehidupan baik di dunia dan
ganjaran yang hebat diakhirat kelak insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan