RAMADHAN
MEMBENTUK JATI DIRI.
Ramadhan
adalah satu ruang dan peluang yang disediakan oleh Allah Taala untuk
membersihkan jiwa yang kotor.Pembersihan jiwa adalah sangat penting bagi
membentuk dan melahirkan jatidiri yang kental untuk berdepan dengan sebarang
ujian dan cubaan yang dibentangkan oleh Allah Taala bagi menguji keimanan. Allah
Taala telah memberitahu kita dalam surah al Baqarah ayat 183 bahawa puasa yang
dilakukan dengan rasa ketaatan dan semata-mata untuk menuntut keredhaan Allah
Taala akan melahirkan jiwa yang lebih
bertaqwa kepada Allah.Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana
Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Begitu juga hadith Rasulullah SAW
telah menyokong Firman Allah Taala ini
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الصِّيَامُ جُنَّةٌ
وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَسْخَبْ
فَإِنْ سَابَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي امْرُؤٌ
صَائِمٌ
Ertinya:
“Dari Abi Hurairah
RA, Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah pelindung dari neraka. Sekiranya seseorang
dari kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan
janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya,
katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa.”
(HR. al-Bukhari dan Muslim
SENDI KEKUATAN JIWA.
Menurut Imam Fathi Yakan dalam bukunya “Apa Ertinya Saya Menganut Islam “bahawa
sendi kekuatan dalam memerangi nafsu itu ada dua iaitu hati dan aqal.
1.Hati:Hati
akan menjadi benteng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu
hidup,bersih,cekal dan lembut.Allah Taala menggambarkan hati orang-orang mukmin
itu menerusi firmanNya dalam surah al-Anfal ayat 2 yang bermaksud:
" Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
Bagaimana mengubat hati yang sakit?
Abu
Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash (men. 291H/904M), pernah memberi
nasihat:
“Ubat
hati ada lima perkara: Membaca Al Quran dengan merenungkan isi dan ertinya,
berpuasa dengan mengosongkan perut, bangun malam beribadat,
bermunajat/tadharru’ di waktu sahur, dan berkumpul dengan orang-orang soleh”
(dipetik
dari Risalah Qushairiyah karangan Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al
Qushairi an Naisaburi 376H-465H)
Dikatakan cuba bahawa kata-kata
tersebut juga diungkapkan oleh Sunan Kalijaga yang kini dijadikan lirik lagu
oleh Opick dengan judul yang sama:
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi
2.Aqal:Aqal adalah ciptaan Allah
yang dapat melihat,mempunyai daya memahami sesuatu,mampu membezakan dan dapat
menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmu yang dipelajarinya untuk mendekatkan
diri kepada Allah dan memahami keagungan Allah Taala.Aqal seperti inilah yang dimaksudkan
Allah dalam firman Allah dalam surah al-Fathir ayat 28:
šÆÏBur Ĩ$¨Z9$# Å_U!#ur¤$!$#ur ÉO»yè÷RF{$#ur ì#Î=tFøƒèC ¼çmçRºuqø9r& šÏ9ºx‹x. 3
$yJ¯RÎ) Óy´øƒs† ©!$# ô`ÏB ÍnÏŠ$t6Ïã (#às¯»yJn=ãèø9$# 3
žcÎ) ©!$# ͕tã î‘qàÿxî ÇËÑÈ
28.
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta
binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya
Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan
hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Pengampun.
Rasulullah
SAW berpesan kepada saidina Ali r.a dalam sabdanya yang bermaksud:
“Apabila
manusia mendampingi Allah dengan melakukan berbagai amalan kebajikan maka
engkau dampingilah Allah dengan aqal fikiran engkau”
Disediakan
oleh:
Ustaz
Yusmi Haniff bin Haji Ariffin al-Faruqi.