Isnin, 6 Julai 2009
Khamis, 25 Jun 2009
Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
Selasa, 16 Jun 2009
PERGINYA SEORANG PEJUANG
pergi lebih dahulu daripada kita untuk bertemu dengan Allah pada hari
Sabtu, 13 Jun 2009, 4.45 petang waktu Lubnan. Beliau telah dimasukkan
ke Hospital Hotel Dieu, Beirut setelah keadaan kesihatannya kritikal.
Jenazahnya akan dibawa ke Tripoli pada hari Ahad untuk dikebumikan di
sana. Beliau dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 9 Februari 1933
dan meninggal ketika berumur 76 tahun.
Umat Islam telah kehilangan seorang tokoh gerakan Islam yang sukar
dicari ganti, namun buku “Apa ertinya saya menganut Islam?” telah
ditinggalkan sebagai tatapan pencinta Islam. Buku ini merupakan
sumbangan yang besar kepada dakwah khususnya di Malaysia. Usrah tidak
sempurna tanpa ahli tidak dapat menjawab persoalan ini. Karya beliau
ini cuba memahamkan hakikat Islam dan keperluan untuk menjadi seorang
Islam yang betul dari segenap sudut kehidupan.
Ahad, 24 Mei 2009
MENDIDIK ANAK BANGSA,MATI KITA BERSAMA
Tidak mati di sini
Tika kala mereka alpa ke mana
akan menapak
cita peribadi dan
hasrat ayah bonda
Mendidik anak bangsaku
bukan bagai membuai
waktu kecilmu untuk lena
tapi memerlukan ilmu dan
pengalaman penuh sabar
jika tidak, peluh menitis
sedang hasilnya terbang berkelana
Mendidik anak zaman ini
tidak mati di sini
tika kala awan hitam dari barat
berarak mengasak
lagu rindu remaja
dengan lipur budaya seberang,
menggerudi dengan kepulan dunhill dan heroin
ragam tempo dan dekadensi moral
Kekadang remajamu di persimpangan
kekadang haluanmu tidak kami temui
puas kami menguak belantara onak dan duri
berpulas dengan pendirian berbeza
demi nusa merdeka
terbawa arus globalisasi
lemas dalam maya tiada sempadan
Mendidikmu anak bangsaku
tidak mati di sini
biar berkedut kami pikul tugas ini
biar bertegang menghayun tangan dan kata
dipayungi panah segenap penjuru
demi meletakkan kamu pada paksi
tidak kami goyah
tidak kami sangsi
ini dunia kami
lantainya beralun ombak
dindingnya keliling berjeriji
lelangit tidak menjanjikan kerlipan bintang
namun mendidik anak bangsa
agar nilai cahaya bersepuh gemerlapan
hidup mati, kami bersama.
Ahad, 17 Mei 2009
Selsema Babi dan amaran Allah serta penyelamatnya.
Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Manakala negara-negara yang kini terlibat dengan wabak selsema babi ini ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.
Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :
Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius
Sakit badan
Batuk
Berhingus
Bersin
Sesak nafas
Hilang selera makan
Muntah, dan cirit birit
Kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Jika kita perhalusi ancaman ini, adakah ini sebagai peringatan daripada Allah SWT ? Di dalam al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Fikir sejenak…
Selain itu juga, di dalam al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.
Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :
Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”
Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.
Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Kalam ini mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah SWT.
Setakat ini ia menyerang 'yang muda' dan 'yang sihat' sahaja.
Ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja meskipun bukan pemakan daging babi.
Lihat orang di sebelah anda, tidakkah anda gerun?
Sudah tiba masanya kita mengenal 'penyelamat' kita.
Diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sampai seorang lelaki daripada Ahlul-Baytku datang, yang namanya sama dengan namaku.”
Lihat Musnad Ahmad hadis nombor 376 dan Sunan Tirmidzi hadis 3231.
Sudahkah kita mengenal baginda penyelamat ini?
Datuk nenek kita sudah lama mengenalnya. Tetapi kita, kita selalu terlupa. Mari kita lihat sebuah kitab yang digunakan di pondok-pondok di Patani. Kitab berjudul Ksyful Ghaibiyah, karangan Syaikh Zainal Abidin Fatani dalam menyatakan silsilah penyelamat ini. Syaikh Zainal Abidin seorang sunni tentunya. Di sebutkan penyelamat ini daripada keturunan Saidina Ali, melalui Saidina Husein.
Sudahkah kita mengenalnya? Sudahkah? Sebelum wabak kejahatan menelan, sudahkah kita mengenal penawarnya?
Ahad, 10 Mei 2009
TAUBAT PENDUSTA
Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.
Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.
Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.
Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.
Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.
Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.
Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.
Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.
Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: �Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.
Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.
Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."
Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.
Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan.TGNAA
Isnin, 4 Mei 2009
ISLAM VS REMPIT
Isu rempit adalah isu yang dah lama diperkatakan pada abad 21 ni.Kalau pada zaman saya remaja dulu dalam tahun 90 an isu bohjan dan bohsia amat popular diperkatakan sehingga para cendiakawan dan pemimpin buntu memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini.Namun bagi saya sudah lebih 15 tahun penyakit ini masih menjalar dalam dunia masyarakat Islam khususnya remaja malah ianya bertambah parah apabila penyakit ini ditambah pula dengan penyakit baru iaitu rempit.
Saya terdengar di dalam radio IKIM ketika saya menuju ketempat kerja pagi ini membincangkan masalah rempit berdasarkan satu keratan akhbar yang mahu satu akta digubal bagi menangani masalah rempit ini.Satu undang-undang yang lebih keras sepatutnya diwujudkan seperti mengenakan penjara dan denda bukan sahaja kepada siperempit tetapi juga kepada ibu dan ayah siperempit yang bagi motor kat anak dia.Saya amat setuju dengan cadangan ini walaupu saya tak kenal siapa yang punya cadangan kerana kita dah terlalu lama memberi peluang dan ruang kepada mereka.Kononnya kita cuba melakukan pendekatan yang lembut,yang berpsikologi dan kena memahami jiwa remaja yang sedang kehausan nafsu adalah tidak berjaya sama sekali malah semakin parah.Rasulullah SAW pun ada mengajar kita dalam proses mendidik ini kita perlu kepada pendekatan lembut dan tegas.Lihat bagaimana baginda tunjuk kat kita cara nak didik anak solat.Mula-mula suruh buat,ajar mereka solat dan ibubapa juga solat ketika mereka berumur tujuh tahun.Kemudian kalau taknak buat juga ketika umur sepuluh tahun maka dipukul mereka dengan pukulan untuk mengajar.
Saya rasa penyakit ini kita kena tahu punca atau sebabnya macam penyakit kencing manis puncanya adalah makan gula berlebihan.Namun begitu kalau dah kena kencing manis ni nak berubat susah nak baik,jadi kalau boleh kita cegah sebelum kena seperti kata pepatah arab yang bermaksud "Mencegah lebih baik daripada berubat."Begitu juga dengan penyakit rempit ni.Mari kita lihat punca kepada penyakit ini iaitu :
1.Ibubapa
Saya lihat kebanyakan ibubapa hari ini banyak menunding jari kepada orang lain contohnya apabila anak-anak mereka melakukan kesilapan atau berakhlak buruk,mereka akan cepat-cepat menyalahkan kawan-kawan anak tersebut atau meletakkan kesilapan kepada guru dan sekolah dengan menghemburkan kata-kata kurang menyenangkan seperti guru tak pandai didik anak dialah,sekolah bodohlah dan sebagainya.Namun mereka tidak mahu cermin muka sendiri dengan mempercayai satu telunjuk kita tunding kepada orang,terdapat empat lagi tunding kepada diri kita sendiri.Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang ibubapa tidak berjaya mendidik anak-anak mereka supaya menjauhi budaya rempit ini iaitu:
- Terlalu memanjakan anak-anak sehingga mengikut sahaja kehendak anak-anak dengan slogan "dulu aku orang susah tak dapat itu ini,sekarang apa anak aku nak,aku akan adakan".Nak motor ,belikan walaupun anak takde lesen.
- Kurang kasih sayang.Hanya pandai melahirkan tetapi tidak memberi kasih sayang yang sewajarnya.Membiarkan kasih sayang diberi oleh' Mek Indon' dengan pergi sebelum terbit matahari kemudian balik semua anak dah tidur.Ini adalah satu alasan bagi anak mencari keseronokan di luar tanpa batasan dan pemantauan daripada ibubapa.
- Rezeki yang tidak halal dan bersih.Ibubapa menyuapkan sumber rezeki yang tidak bersih dan halal sehingga hati anak-anak menjadi keras dan sukar diluntur.Ini menyebabkan para pendidik menjadi pening apabila berdepan dengan anak-anak yang darah dagingnya dari sumber yang haram sehingga mencari pelbagai formula bagi berdepan dengan mereka.
- Kurang didikan agama kerana ibubapa lebih tertumpu kepada soal-soal dunia dan kehidupan mereka lebih cenderung mengamalkan cara hidup barat.
- Tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
2. Diri sendiri.
- Tidak mempunyai asas agama yang kukuh sehingga tidak mengetahui bahawa merempit itu adalah salah satu cara bunuh diri.
- Lemah iman kerana terpengaruh dengan budaya negatif,selalu melakukan kemungkaran dan meninggalkan kewajipan agama khususnya solat.
- Untuk membangga-bangga diri iaitu kononnya kalau boleh angkat motor sepanjang jalanraya maka dialah orang yang paling hebat dalam dunia tapi sebenarnya dialah orang yang paling bodoh dalam dunia.
3. Pengaruh media.
Memaparkan cerita-cerita yang meransang remaja untuk merempit.Memang kalau kita tanya pembuat drama atau filem tentang tujuan mereka mencipta drama dan filem yang berkisar tentang masalah remaja seperti rempit,bohsia dan bohjan adalah untuk menyedarkan masyarakat tetapi sebaliknya kesan-kesan negatif lebih banyak daripada positif sehingga remaja -remaja ini cuba meniru gaya mat-mat dan minah-minah rempit dalam cerita tersebut.
4. Kerajaan atau pemerintah.
Pemerintah mengambil pendekatan terlalu lembut dalam menangani masalah ini sehingga mereka merasakan terlalu berkuasa dan tidak mengapa sekiranya ditangkap pihak berkuasa.Sepatutnya kerajaan mesti mengadakan satu undang-undang yang menyediakan hukuman yang berat bagi siperempit ini kerana mereka ini bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri tetapi juga kepada pengguna jalanraya yang lain.Selain itu kerajaan sepatutnya membendung dan menghalang semua cerita-cerita negatif yang mampu menyumbang kepada lebih seriusnya kes ini.
Saya rasa cukup sekadar ini kita bincangkan mengenai punca-punca kepada masalah ini.Saya amat mengalu-alukan kepada pembaca artikel ini untuk kita kongsikan cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini.Fikirkanlah.............
