Rabu, 23 Oktober 2013

Tahniah Kerajaan Brunei. Takziah Mangsa Rompakan Bank

Aku teruja merakamkan tahniah kepada Kerajaan Brunei atas Perlaksanaan Hukum Kanun Jenayah Syariah (Hudud) baru-baru ini.

Keberanian dan kesungguhan Kerajaan Brunei dalam melaksanakan tuntutan Islam ini menjadi sumber inspirasi kepada umat Islam khususnya dinegara kita yang majmuk ini apabila undang-undang ini hanya dikenakan terhadap pendud...uk beragama Islam sahaja.

Semasa Sultan Brunei mengumumkan perlaksanaan Undang-Undang Islam ini ,kita pula dikejutkan dengan kejadian rompakan disalah sebuah bank apabila kepala seorang pekerja wanita ditembak sehingga berkecai. Perkara ini menginsafkan kita betapa undang-undang sedia ada tidak langsung menggentarkan pelaku-pelaku jenayah yang berperangai seperti binatang serta tidak mampu menangani masalah jenayah dengan berkesan.Justeru ini membangkitkan kesedaran kita sebagai umat Islam terhadap kelemahan sistem undang-undang ciptaan manusia.Siapakah kita untuk merasa lebih bijak daripada Allah?

 Sesungguhnya undang-undang jenayah Allah membawa tiga hikmah iaitu pencegahan,pemulihan dan pembalasan.Pencegahan kepada jenayah zalim yg dilakukan dimana orang lain tidak akan melakukan jenayah yang sama.Pemulihan kepada penjenayah supaya insaf dan bertaubat sehingga berjaya memulihkan keadaan dan suasana masyarakat lebih aman dan harmoni.Pembalasan yang setimpal kepada penjenayah terhadap kezaliman yang dilakukan sehingga penjenayah terlepas daripada hukuman diakhirat.Oleh itu marilah kita menyokong mana-mana usaha pihak tertentu untuk komited dan bersungguh-sungguh melaksanakan undang-undang jenayah Hudud dan Qisas ini.Seperti seorang tokoh dalam bidang perundangan dinegara kita bahawa pelaksanaan undang-undang hudud ini bukan kita tidak boleh melaksanakannya dalam negara kita tetapi kita yang tidak mahu.Belajarlah tentang Feqh Jenayah Syariah,barulah kita faham cara pelaksanaannya.Tepuk dada tanya iman...