Khamis, 26 Februari 2009

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Kekecohan yang berlaku pada hari ini dikalangan kepimpinan orang Islam di Malaysia amat memalukan kita.Krisis ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya kita memilih pemimpin yang betul mengikut kepimpinan baginda Rasulullah SAW.Kebanyakan pemimpin yang kita pilih hari ni banyak bersandarkan kepada unsur-unsur kebendaan dan kehebatan dari sudut luaran sahaja.Realitinya di negara kita ni, nak jadi pemimpin syaratnya mesti mempunyai perniagaan yang besar,kereta yang besar,duit yang berguni-guni dan tabur janji yang palsu dan mimpi yang indah-indah.Jika amalan ini berterusan,maka percayalah akan berlaku kehancuran dalam masyarakat dan negara.



Kebanyakan kita dapat melihat antara punca besar kehancuran kepimpinan hari ini kerana pemimpin orang Islam lebih cenderung menuntut redha manusia daripada redha Allah.Saya suka nak memetik kisah Saidina Mua'wiyah apabila beliau dilantik menjadi khalifah Islam,beliau meminta nasihat daripada Ummu al-Mukminin Saidatina Aisyah r.a. berkenaan dengan kepimpinan.Kisah ini saya petik dari kitab Bahrul Mazi,karangan Syeikh al-Marbawi.Saidatina Aisyah telah mengutus sepucuk surat kapada Muawiyah dengan menyebut sabda Rasulullah SAW iaitu:"من يلتمس رضى الله بسخط الناس كفه الله مؤنة الناس,ومن يلتمس رضى الناس بسخط الله وكله الله الى الناس."Maksudnya:"Barangsiapa yang memerintah dengan menuntut keredhaan Allah walaupun dimurkai manusia,maka Allah akan menahan dia dari keberatan(kesusahan dan kemudharatan) yang akan didatangkan oleh manusia,dan barangsiapa memerintah dengan menuntut redha manusia walaupun dimurkai Allah,maka Allah akan menyerahkan(membiarkan)dia kepada manusia(kesusahan dan kemudharatan dari manusia)."

Justeru,jelas kepada kita kerosakan kepimpinan,keruntuhan aqidah dan akhlak ,jenayah yang tidak berjaya dibendung dan pelbagai masalah yang mendatang adalah berpunca daripada pemimpin yang rakus dan cenderung untuk menuntut semata-mata habuan dunia disamping rela membiarkan hak Allah dipijak dan hak manusia dijunjung hanya bagi memastikan kedudukan dan kekuasaan dapat dikekalkan.

Saya telah berkali-kali menasihati masyarakat disekeliling saya supaya berhati-hati dalam memilih pemimpin.Namun,malangnya masih ramai lagi yang macam jahil atau pura-pura jahil atau memang jahil sebab tak pernah nak hadir majlis-majlis ilmu yang ada.Sekali lagi saya cuba sertakan dalam blog saya ini ciri-ciri kepimpinan yang mesti ada sepertimana yang telah digariskan oleh al-Farabi.Al-Farabi menekan konsep Insan Kamil bagi melantik seseorang sebagai pemimpin atau ketua negara.Di sini terdapat dua belas sifat yang telah diterangkan di bawah tajuk al-Qawl fi Qisal Rais al-Madinah al-Fadhilah ialah:

1.Sempurna anggota tubuh badan dan bertenaga atau berkemampuan supaya dengan itu dia dapat menjalankan tugas dengan mudah.
2.Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dia lafaz atau ucapkan serta tahu apa yang harus dibuat.
3.Baik hafalan sesuatu yang dia telah faham,lihat,dengar atau dapat.Bukan seorang yang pelupa.
4.Bijaksana dan cerdik apabila mendengar sesuatu walaupun dengan reaksi sahaja.
5.Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu ibarat.
6.Dia sangat suka atau minat terhadap ilmu pengetahuan.
7.Tidak bersikap buruk iaitu berlebih-lebihan dalam hal makan minum dan juga hubungan kelamin.Menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia.
8.Memiliki sifat cintakan kebenaran dan bencikan pembohongan.
9.Memiliki jiwa besar dan berhemah tinggi.
10.Tidak berminat tentang pengumpulan wang ringgit dan kekayaan dunia.
11.Bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan penindasan.
12.Dia hendaklah mempunyai keazaman yan kuat dan berani terhadap sesuatu hal yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak lemah jiwa dan semangat.

Manakala Islam pula telah menggariskan syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang untuk menjadi pemimpin atau ketua negara sebagaimana yang telah digariskan oleh para ulamak termasuk Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyah iaitu:

1.Islam.
Ini kerana pemimpin atau ketua negara adalah penjaga dan pelaksana syariat Islam.

2.Baligh
Ini kerana ketua negara memerlukan kepada kematangan pemikiran dalam menyelesaikan masalah.

3.Akal.
Memerlukan kepada ketajaman pemikiran dalam bertindak.

4.Merdeka.
Golongan hamba tidak dibenarkan menjadi pemimpin kerana golongan ini mempunyai tugas dan hak yang mesti dilakukan kepada tuannya.

5.Lelaki.
Bersepakat para ulamak bahawa tidak harus perempuan menjadi ketua negara berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

6.Adil.
Maksud adil di sini ialah memilih pemerintah yang sentiasa beriltizam dengan syariat Islam,melakukan amanah,bertaqwa,warak,menjauhi perkara-perkara yang haram,bercakap benar dan menjaga maruah.

7.Kemampuan melaksanakan tugas.
Hendaklah seorang yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan tugas mentadbir,berani,dapat menyelesaikan masalah rakyat dengan mudah,memikir mengenai kepentingan rakyat dan masa depan negara.

8.Berilmu.
Para pemerintah hendaklah cintakan ilmu dan ulamak serta sentiasa menghadiri majlis -majlis ilmu.Faktor faktor ini menjadi pemerintah sentiasa berada di jiwa rakyat.

9.Tidak cacat anggota dan tubuh badan.
Ketua negara hendaklah seseorang yang mempunyai kesempurnaan tubuh badan dan tidak cacat anggota tubuh badan yang boleh menjejaskan pemerintahannya seperti pekak atau buta.

Kesimpulannya marilah kita sama-sama bermula dari anda membaca artikel ini untuk kita mula berfikir melantik dan memilih pemimpin seperti yang digariskan di atas.Negara kita dan rakyatnya amat memerlukan kepimpinan yang berwibawa,berilmu,berakhlak,berwawasan dan berjiwa rakyat serta keazaman untuk memelihara syariat dan agama Allah.

Khamis, 12 Februari 2009

KEPENTINGAN AKHLAK

Akhlak adalah salah satu cabang yang penting dalam Islam.Para rasul yang diutuskan di atas muka bumi ini membawa dua tugas penting iaitu menyuruh manusia menyembah Allah yang Esa dan memimpin manusia ke arah akhlak yang mulia.Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksudnya"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."Begitu juga di dalam buku Mengapa saya menganut Islam,karangan Fathi Yakan menjelaskan kepentingan akhlak dalam kehidupan manusia dunia dan akhirat serta hubungan di antara akhlak dan akidah dan hubungan di antara akhlak dan ibadah.





Hubungan akhlak dan akidah.

Rasulullah SAW telah bersabda "اكمل المؤمنين ايمانا احسنهم خلقا "yang bermaksud "Iman orang mukmin yang paling sempurna ialah orang yang mempunyai akhlak yang paling baik di antara mereka."Begitu juga Nabi pernah ditanya tentang 'Apakah itu kecelakaan',maka nabi menjawab kecelakaan itu ialah سوء الخلق iaitu akhlak yang buruk.Justeru itu,iman yang baik dan sempurna akan terpancar melalui akhlak yang baik dan hebat.Adalah tidak benar kalau ada yang mengatakan "Yang penting dalam hati,luaran tak penting"Ini adalah kefahaman yang salah.Sebab itu kita lihat ramai dikalangan orang Islam hari ni tak tutup aurat,kalau tutup pun macam tak tutup je,tak sembahyang,terkinja-kinja sana sini,fitnah sana bohong sini,hasad dengki,main judi,zina macam binatang kaki empat,ayam pun tak rembat anak sendiri dan macam-macam lagi le yang kalau ditulis kat sini tentang akhlak buruk orang Islam hari ni takkan habis.



Itulah sebabnya,kita kena kuatkan dan kukuhkan aqidah.Bagi kefahaman yang jitu kepada anak-anak kita di sekolah dan universiti.Jangan setakat taklid saja tapi tak faham pun kenapa mereka mesti sembah Allah yang Esa.Jumhur ulama' dah sepakat bahawa tidak dibenarkan bertaklid dalam perkara aqidah.Saya rasa pemimpin kita tak serius tentang keruntuhan akhlak dan aqidah yang berlaku hari ni.Mereka ni sibuk cerita pasal politik tak habis-habis,cerita pasal lompat sana sini,cerita pasal derhaka pada manusia tapi derhaka pada Allah buat tak tau je. Pada hakikatnya masalah yang membelenggu umat Islam kat Malaysia ni masih tak pernah selesai.


Rabu, 11 Februari 2009

UMAT ISLAM SEBAIK-BAIK UMAT

Allah Taala telah mengiktiraf bahawa umat Islam adalah umat yang terbaik.Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."

SEBAB TURUN AYAT
Ayat diturunkan apabila terdapat dua orang Yahudi iaitu Malik bin Dhaif dan Wahab bin Yahuz telah berkata kepada Abdullah bi Mas'ud dengan kata mereka"Agama kami(agama Yahudi)lebih baik daripada agama Islam yang kau seru kami kepadanya dan kami adalah lebih baik daripada kamu."Maka Allah turunkan ayat ini bagi menjawab dakwaan orang-orang Yahudi ini.

UMAT TERBAIK
Sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW adalah golongan manusia yang terbaik yang dikeluarkan kepada manusia lain.Justeru itu umat Islam sepatutnya mengetahui hakikat pengiktirafan ini dan nilai yang telah diletakkan oleh Allah kepada kita.Maka kita perlu ingat dan sedar,bukanlah pengiktirafan ini hanyalah sebagai satu pujian kosong atau cara Allah ingin mengambil hati orang Islam tetapi pujian ini membawa kepada satu tanggungjawab dan amanah supaya ianya menjadi realiti bahawa kita ini adalah umat yang terbaik.Untuk mencapai maqam atau martabat ini,Allah menetapkan tiga ciri seperti di dalam ayat di atas iaitu:
  1. Menyeru kepada kebaikan


  2. Mencegah kemungkaran


  3. Beriman dengan Allah dengan sebenar-benar Iman.

Persoalannya ialah Adakah kita ini umat yang terbaik hari ini?


Malang sekali umat Islam hari ini kerana tidak memenuhi pengiktirafan Allah .Kita tidak perlu melihat keadaan umat Islam yang jauh dari kita,cukup sekadar kita melihat keadaan umat Islam di nagara kita sendiri.Saya mempunyai pengalaman mengajar banduan di penjara sekitar tahun 1997 kerana melengkapkan praktikal saya di KUSZA.Saya melihat kebanyakan banduan yang berada di penjara ketika itu adalah dikalangan orang Islam.Punca mereka melakukan jenayah ini kerana kebanyakan mereka jahil tentang agama sehinggakan membaca surah al-Fatihah pun tidak tahu,rukun Iman dan Islam pun tak tahu malah terdapat pulak yang pandai-pandai menokok tambah rukun tersebut.Saya yakin keadaan ini belum berubah dan sehingga ke hari ini kita masih lagi juara di sektor penjara ,pusat pemulihan akhlak dan pusat serenti.

Malu?Apa yang nak dimalukan.Inilah kenyataan yang perlu kita hadapi.Selagi kita tak sedar bahawa kita ni teruk dan hancur disebabkan angkara Yahudi yang bijak menyusun strategi menjahanamkan kita,selagi itulah kita sibuk menjunjung ideologi,hiburan,sukan dan pendidikan yang dianjur dan dicanangkan oleh musuh kita ini.Ditambah pula dengan sikap pemimpin-pemimpin kita yang tak habis-habis bercakar dan bergaduh.Mereka ini sibuk dengan parti masing-masing dan ada pulak yang sibuk gunakan platform parti nak cari kedudukan dan kumpul kekayaan,betul-betul 'hampeh' mereka ni.Bukannya pemimpin kita ni tak nampak tapi pura-pura tak nampak apa yang berlaku pada umat Islam khususnya pemuda pemudi kita yang rosak akhlak dan akidah.Sudahlah tu....sedarlah wahai umat Islam khususnya pemimpin kita.Kita tak akan jadi umat yang terbaik kalau.................ko fikirlah sendiri.

Selasa, 10 Februari 2009

SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

Pada selasa malam rabu yang lalu saya telah memberi kuliah Maghrib di surau Bandar Bukit Mahkota tentang sirah Nabi Muhammad SAW yang diambil dari buku Fiqh Sirah karangan Ramadhan al-Buti.Tajuk kali ini berkenaan dengan tawaran yang dibuat kepada Rasullullah SAW oleh kafir Quraish.Setelah orang mushrikin Makkah tidak berjaya menggugat dakwah Rasullullah SAW dan orang Islam dengan cara menyiksa,mengejek dan mengancam untuk membunuh mereka.Dengan itu pembesar Quraish telah berkumpul di kelab mereka untuk berbincang cara untuk menyekat dakwah Rasullullah SAW.Uthbah bin Rabiah telah menawarkan diri untuk berjumpa dengan Rasullullah SAW bagi membuat beberapa tawaran iaitu dengan harapan baginda akan menghentikan dakwah menyeru masyarakat arab mentauhidkan Allah Taala.Antara tawaran yang dibuat oleh Uthbah ialah:
  • Menawarkan harta kepada baginda.
  • Menawarkan kedudukan penting dalam masyarakat Arab samaada sebagai ketua atau raja.
  • Menawarkan tabib untuk merawat Rasullullah SAW kerana mereka menyangka bahawa baginda telah dirasuk oleh jin.

Rasullullah tidak menerima tawaran Uthbah tersebut tetapi telah membaca surah Fussilat ayat 1-12 kepada Uthbah sehingga Uthbah terpegun dan lalu menutup mulut baginda daripada meneruskan bacaan ayat tersebut apabila sampai pada ayat yang ke-12.Lalu Uthbah pulang dan memberitahu kepada kaumnya bahawa dia tidak pernah mendengar apa yang yang telah dibaca oleh Rasullullah SAW.Bacaan itu bukan syair,bukan gurindam dan bukan seloka tetapi dia yakin bahawa itu adalah kalamullah dan kebenaran yang diseru oleh baginda.Dengan keyakinan itu Uthbah meminta kaumnya supaya membiarkan dakwah Nabi Muhammad SAW.Kaum musyrikin pula menganggap Uthbah telah terkena sihir apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dibacakan kepada dia oleh Nabi Muhammad SAW.

Pengajaran yang boleh diambil ialah:

  1. Setiap pendakwah hendaklah mempunyai niat yang ikhlas dalam proses memberi peringatan kepada manusia tanpa mempunyai matlamat yang lain seperti menggunakan jalan dakwah sebagai cara untuk mengumpulkan harta dan mendapatkan pangkat dan kedudukan.Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.
  2. Menzahirkan kekuatan dakwah Rasullullah SAW yang lansung tidak tergoda dengan tawaran yang dibuat oleh orang musyrik.Ini juga dapat menolak dakwaan musuh Islam yang membuat dakwaan yang tidak berasas iaitu Rasullullah SAW berdakwah untuk mengumpul harta dan mendapatkan pangkat kedudukan.


Isnin, 9 Februari 2009

BOIKOT PRODUK ISRAEL LAKNATULLAH


HAK HAK DIRI

Pada hari sabtu yang lepas saya sempat mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Sohor di masjid Sultan Hisamudin Bandar Baru Salak Tinggi yang menyampaikan kuliah Hadith daripada kitab Bahrulmazi,karangan Sahibul Fadhilah Ustaz Idris al-Marbawi.Tajuk yang dibawa ialah bab "Bersangatan dalam beramal".Dalam bab ini ustaz telah membacakan satu hadith yang berkisar tentang kisah di antara Abu Darda' dan Salman al-Farisi.
Abu Darda' adalah seorang sahabat yang suka beribadah sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan seorang insan.Beliau berpuasa setiap hari dan melakukan Qiamullail sepanjang malam sehingga tiada masa bersama isterinya.Apabila Salman menziarahi Abu Darda',isteri beliau telah mengadu keadaan Abu Darda' kepada Salman.Maka Salman menegur sikap Abu Darda' ini dengan katanya:

" فانك لنفسك عليك حقاولربك عليك حقاولضيفك عليك حقافانك لأهلك عليك حقافاعطى كل ذي حق حقه"

Maksudnya:"Sesunguhnya bagi diri kamu itu ada hak,bagi Tuhan(Allah) kamu itu ada hak,bagi tetamu kamu itu ada hak dan sesungguhnya bagi ahli keluarga kamu ada hak.Maka berilah setiap yang berhak itu haknya."

Menurut Syeikh al-Marbawi dalam kitabnya Bahrulmazi,maksud hak diri itu ialah seseorang itu boleh berpuasa tetapi hendaklah dia berbuka,seseorang itu juga boleh melakukan Qiamullail dan beribadah kepada Allah tetapi dia juga perlu berehat dan tidur.Itulah dia hak badan.Apabila kita memperkatakan hak Allah,kita bertanggungjawab menjaga dan memelihara amanah kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.Caranya cukup mudah iaitu melakukan setiap yang disuruh oleh Allah dan meninggal setiap yang dilarang olehNya.
Sebagai seorang muslim kita mesti menghormati tetamu kerana Rasullullah SAW adalah orang yang memuliakan tetamu.Sehinggakan sekiranya kita berpuasa sunat ketika itu,sunat kita berbuka puasa bagi meraikan tetamu tersebut.Ini berdasarkan kisah yang berlaku kepada Salman dan Abu Darda'. Ketika Salman menziarahi Abu Darda',Abu Darda' sedang berpuasa dan Salman mengajak beliau makan dan berbuka puasa kerana bagi meraikan kedatangan Salman sebagai tetamu,maka Abu Darda' pun berbuka puasa.Begitu juga kita mempunyai tanggugjawab untuk menunaikan hak ahli keluarga iaitu isteri dan anak-anak.Sebagai suami kita tidak boleh hanya sibuk dengan kerja atau sibuk dengan ibadah sehingga mengabaikan hak-hak isteri dan anak-anak.Kita mesti ada masa untuk bergurau senda,membantu kerja-kerja rumah,membawa isteri dan anak-anak bersiar-siar serta mengambil peduli tentang masalah dan aktiviti yang mereka telah,sedang atau akan lalui.
Di akhir hadith ini,Salman menceritakan bahawa mereka berdua pergi berjumpa dengan Rasullullah SAW dan menceritakan segala yang berlaku di antara mereka berdua,lalu Rasullullah SAW membenarkan apa yang diperkatakan oleh Salman kepada Abu Darda'.Justeru itu,hadith ini memberitahu kepada kita bahawa Islam menggalakkan umatnya supaya melakukan sesuatu kerja itu dengan sederhana,tidak melampau dan berlebih-lebihan samaada dalam urusan duniawi atau ukhrawi.Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:"Sebaik-baik amalan adalah secara bersederhana".Renungkanlah..................

Rabu, 4 Februari 2009

PENURUNAN WAHYU

SIRAH NABAWIYAH
RASULULLAH SAW BERKHULWAH DI GUA HIRA'

-Rasulullah SAW berkhalwah di gua Hira' yang terletak di barat laut Makkah selama selama lebih kurang sebulan lamanya iaitu pada bulan Ramadhan.Di sanalah baginda memikirkan nikmat yang melimpah ruah,kebesaran dan kekuasaannya.
-Hikmah berkhalwah ialah:
  • Bertafakur tentang kebesaran Allah Taala dengan memikirkan tentang keagungan dan kebesaran Allah.
  • Menghitung diri samaada kita telah melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah atau telah terpesong dari jalan yang benar.
  • Membina kekuatan diri dan menambahkan rasa kehambaan,keimanan dan ketaqwaan.
  • Menambahkan sifat Khauf dan Raja' kepada Allah Taala.

-Maka dengan itu adalah penting bagi kita berkhalwah dengan cara bangun pada waktu malam dengan melakukan solat sunat Tahajjud,solat sunat Taubat,beristighfar,berzikir,bertafakur dan berdoa kepa Allah Taala.

Selasa, 3 Februari 2009

MENGAPA YAHUDI BIJAK


Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.
Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Subscribe to: Posts (Atom)

Sains Buktikan Sembelihan Cara Islam Terbaik

Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.
Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.
Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.
Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.
Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?
Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.
Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:
�Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.� (Tafsir al-Rahman, Jakim).
Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.
Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.
Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.
Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing�, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.
Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.
Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.
Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).
Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.
Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.
Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.
Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.
Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu. Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.
Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia. Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu. Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.
Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.
Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih. Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.
Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.
Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak. Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.
Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,kata Aisha dalam kajiannya.
Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan."

FIQH SIRAH

FIQH SIRAH

KARANGAN:MUHAMMAD SA’ID RAMADHAN AL-BUTI
TERJEMAHAN:MOHD DARUS SANAWI
AKADEMI ISLAM,UNIVERSITI MALAYA


PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW DALAM MEMAHAMI ISLAM

TUJUAN MEMPELAJARI SIRAH NABI MUHAMMAD SAW

1- Memahami peribadi Nabi Muhammad SAW menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri.Ini adalah untuk menentukan Nabi Muhammad SAW bukan sebagai manusia pintar tetapi baginda adalah pesuruh Allah Taala yang menerima wahyu dan taufiq dariNya.
2- Supaya manusia dapat meniru dan mengikut yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni yang boleh dijadikan dasar-dasar hidup.
3- Membantu manusia memahami isi kandungan al-Quran.
4- Supaya setiap muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenar.
5- Menjadi panduan kepada pendakwah,pendidik,pemimpin dan pelbagai golongan.

SUMBER-SUMBER SEJARAH RASULULLAH SAW

1- AL-QURAN
a. Memaparkan beberapa bahagian dari penghidupan baginda.
b. Menerangkan beberapa kesamaran tentang beberapa peristiwa untuk menarik perhatian umat Islam terhadap sesuatu iktibar.

2- Sunnah Al-Nabawiyyah
Hadith-hadith nabi yang sahih yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya
seperti Kitab Hadith al-Muwatta’ oleh Imam Malik,Al Musnad Imam Ahmad dan lain-lain.
3- Kitab-kitab sejarah Rasulullah SAW.

PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PANCARAN DINUL ISLAM.

Lembah Makkah adalah tempat yang mulia kerana terdapatnya Baitullah al-Haram.
Situasi dan kedudukannya ditengah-tengah berbagai bangsa.
Menjadikan Bahasa Arab media dakwah Islamiyyah atau Kalamullah yang disampaikan kepada manusia.

Isnin, 2 Februari 2009

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum.Wrmtullah.


Salam perkenalan.Saya Yusmi alfaruqi.Ini adalah pengalaman saya yang pertama menulis di dalam blog.Saya seorang mua'lim dan salah seorang bekas pelajar di SAM Sg.Merab Luar,KUSZA dan Universiti Al-Azhar.Saya akan menjadikan blog ini sebagai medan dakwah dan perkongsian ilmu sesama saudara yang melawat ke dalam blog ini.Yusmi adalah salah satu nama saya dan alfaruqi adalah gelaran bagi prinsip saya.Ini kerana saya suka menjadi muslim yang sentiasa memisahkan antara haq dan batil,halal dan haram,adil dan zalim serta dosa dan pahala.Justeru ayuh kepada kenalan,sahabat dan anak murid saya untuk sama-sama memakmurkan blog ini.

Untuk perkongsian ilmu yang pertama bacalah hadith ini riwayat daripada Imam Bukhari untuk tatapan kehebatan ilmu Allah.



"Daripada Ibnu Umar Radhiallahuanhuma daripada Nabi Muhammad SAW telah bersabda:Kunci kepada perkara ghaib itu ada lima, tidak mengetahuinya melainkan Allah.Manusia tidak mengetahui apa yang tersembunyi dalam rahim ibu melainkan Allah,dan manusia tidak mengetahui apa yang berlaku pada esok hari melainkan Allah,dan manusia tidak mengetahui bilakah hujan akan turun melainkan Allah dan manusia tidak mengetahui di bumi manakah dia akan mati melainkam Allah, dan manusia tidak mengetahui bila akan berlaku kiamat melainkan Allah"