Ahad, 19 April 2009

PENDIDIKAN DALAM ISLAM

Sambungan daripada artikel saya yang lepas iaitu kandungan ceramah saya di Hari Terbuka KAFA ar-Raudhah USJ 1 pada 12/4/2009 yang lalu.



Pendidikan bukan hanya memberi latihan dan tunjuk ajar kepada anak-anak tetapi satu proses bagi sebuah keluarga atau negara menanam dan memupuk kesedaran dan keinsafan jiwa seseorang.Pendidikan merupakan latihan akliah,jasmaniah dan rohaniah dengan matlamat utamanya melahirkan insan kamil yang sanggup melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai manusia yang baik dan hamba Allah yang taat.

Di sini saya ingin menyatakan berkenaan matlamat pendidikan dalam Islam agar kita jelas berkenaan tujuan kita dalam pendidikan.Ini kerana terdapat ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah hanya kerana impian dan cita-cita mereka untuk melihat anak mereka mempunyai kerjaya yang hebat,gaji yang besar dan kedudukan yang baik dalam masyarakat.Islam menggariskan beberapa matlamat iaitu:

  • Untuk mencapai Mardhatillah atau keredhaan Allah.

Bagi menjadikan pendidikan satu ibadah maka kita perlu memastikan niat pendidikan itu hanyalah semata-mata kerana Allah Taala.Dengan matlamat utama ini ,perjalanan pendidikan yang dilalui akan mendapat keberkatan dan perlindungan daripada Allah.

  • Menimbulkan kecintaan kepada Islam dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW.

Kita mesti memastikan setiap pendidikan yang dilalui akan menimbulkan kecintaan kepada Allah dan Islam serta semua ajaran yang dibawa oleh junjungan besar kita nabi Muhammad SAW.Pendidikan yang dimaksudkan bukan sahaja berteraskan pendidikan agama malah semua jenis pendidikan yang dilalui seperti pendidikan sains,astronomi dan lain-lain.Sebab itulah kita lihat proses pendidikan yang bersepadu ini,Islam mampu melahirkan generasi yang menguasai pelbagai cabang ilmu sejak dahulu lagi.Di samping itu juga kita dapat melahirkan bukan sahaja seorang saintis atau seorang doktor perubatan atau seorang arkitek yang hebat tetapi dalam pada masa yang sama berjaya melahirkan seorang yang beriman,bertaqwa dan berakhlak tinggi.

  • Menubuhkan kekuatan dan penyatuan dalam Islam.

Pendidikan mestilah berjaya mengumpulkan kekuatan dan menyatukan umat Islam keseluruhannya.Namun begitu yang berlaku hari ini sebaliknya kerana orang Islam yang hebat dan mempunyai kepakaran tidak menggunakan untuk mengembalikan kekuatan Islam dan umat Islam tetapi hanyalah untuk kepentingan peribadi.Mereka sanggup menjual kepakaran mereka kepada orang kafir untuk mendapat imbuhan dunia semata-mata.Fikirkanlah.......

2 ulasan:

  1. hmm..
    saya ada satu pemikiran sebenarnya..
    pasal PPSMI ni..

    contoh:
    bagi kelas2 yang boleh blaja sains n math
    dlm bi, lebih baik teruskan..

    n bagi kelas2 y x berapa dgn bi, kita boleh gunakan bm untuk mengajar..

    so, bila exam..
    buat secara dwibahasa..

    bukan semua org y blaja kat sek
    akan terus sambung blaja kat u..

    ada yang terus kerja..

    p/s : ini adalah cadangan drpd salah seorg guru

    BalasPadam
  2. Bagus cadangan kamu tu.memang kita kena menguasai banyak bahasa terutama bahasa Inggeris tetapi kita boleh menguasai bahasa tersebut dengan memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam BI,bukannya kita menganiaya anak bangsa kita sendiri dan meminggirkan bahasa ibunda kita.Lihat sahaja kepada negara maju seperti Jepun,Korea Selatan,Perancis dan Jerman.Negara-negara ini masih lagi mengutamakan bahasa mereka sendiri dalam pendidikan dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau ketiga.Hakikatnya mereka masih maju dalam semua bidang.Renungkanlah.....

    BalasPadam